Selamat Tinggal BTP

Sayu hati mengenangkan hari2 terakhir aku di BTP ni, dah 2 tahun aku mencurhkn bakti penuh setia. Selamat tinggal BTP, lepas ni xtahu lagi bila akan aku kemari lagi. Kalaupun xakan datang lagi, kenangan selama aku disini tetap terbuku di hati. Kemesraan kakak2 dan keakraban abag2 disini membuat aku seolah2 berat untuk melangkah pergi. Masih teingat lagi, hari pertama aku melapor diri di sini, aku disambut baik dengan seribu ucapan slmt datg dan tunjuk nasihat. Sehingga kini, tanpa aku sedari sudah 2 tahun berlalu… satu jangka masa yang agak lama jika dibandingkan dengan 2 bulan. Sudah banyak yg aku pelajari di sini walau tugasan yg diberi tidaklah terlalu mncabar kmahiranku. Dari sini aku belajar bagaimana bersosial di dalam pejabat, berkomuniksi dgn pelbagai jenis manusia, dan blajar menilai apa itu pekerjaan – kerjaya dan mata pencarian.

Mula-mula aku bertugas disini, aku hanya mengguna khidmat teksi sehari2, walau mahal tetap juga diguna mengelak dari kelewatan. Setelah mengenal dgn seorg kawan, dia mngajak aku mnumpang dia pergi dan pulang kerja (membonceng motosikalnya pagi dan petang). Tapi sayang dia pergi dulu meninggalkn BTP slepas 6 bulan berkhidmat… aku mencari alternatif lain, yakni bas. Bas sememangnya pilihan tepat utuk para pencari rezeki di KL ni, aku juga x terkcuali. Aku terpaksa bersesak di dalm bas dengan manusia2 dari Bangladesh, Indonesia, Filipina dan lain2… Aku nekad nak beli moto, hahaha. Mac 2010 tercapailah hasrat aku nak beli moto, stat dari itu aku naik moto pegi keje (sememagnya lebih lega dan bebas). Sehinggalh skrg, aku msih setia dengan motosikal… InsyaAllah akan bertkar plak ke kereta x lama lagi tapi bukan di BTP.

Aku tinggalkan BTP dengan seribu kenangan, semoga tempat baru lebih baik dan indah buatku. Kupohon dari-Mu jua ya Allah untuk memberikebaikan kepada hamba-Mu ini dimana-mana jua aku berada, semoga dengan apa yang Engkau tentukan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaanku kepada-Mu. Ameen ya Rabbala’lamin… Wallahua’lam.

Medical Check-Up di Pusrawi

Hari ni aku gi buat medical cek-up di Hospital Pusrawi, Jln. Tun Razak KL. Bukan ape beb, aku dpt offer keje baru… so diorang mintak la aku buat cek-up sbelum stat keje kat company diorg tu. Mula2 aku xde idea langsung nk wat katne… memang xtahu nk tuju, ye lah dulu mase nak masuk U pun bukan aku yg uruskan pasal medical cek-up ni… semua U yg buat, cek-up pun kat Pusat kesihatan Varsity. Fikir punye fikir, akak aku cadangkan ke Klinik Kesihatan Lembah Pantai, kerajaan punye di Wisma Gosyen ataupun kat Mediviron di Kelana Jaya. Aku try la kol klinik kat wisma Gosyen tu, tapi dia kate kena gi Wisma Kayu, HKL. Aduh, mesti ramai punye kat HKL, lagi pun kena bayar gak RM80. Then aku try la search kat internet, cari2 info… nasib baik ade 1 blog tu tulis pasal pngalaman dia cek-up kat Pusrawi, aku terus je la kol hospital tu & diorg cakap boleh terus datang ke tingkat 7, bayaran RM88.

Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur

Apa lagi, pkul 9.30 pagi aku terus la pegi sana… aku melulu je ke tingkat 7, x payah isi borang apa2 pun. bagi je borang dari company kite tu pastu tunggu sekejap, xlama pun. Lepas tu aku disuruh ke tingkat 2 (makmal) untuk bagi sampel urin, pastu naik ke tingkat 7 balik. Lepas tu kena ke tingkat 1 untuk x-ray, adush turun naik turun naik la plak. Lepas x-ray aku bawak dia punye result tu naik balik, kena tggu di bilik 12 untuk sukat tinggi, berat, tekanan darah & mata. Lepas tu kena turun tingkat 2 lagi untuk jelaskan byaran… akhir skali naik balik ke tingkat 7 untuk jumpa doktor bagi pengesahan borang dan keputusan cek-up. Ingat kan dah sudah, kena tunggu lagi rupanya… tunggu dia buat copy kot! Pkul 11.30 semua satle… Jom balik.

Bagi aku Hospital Pusrawi ni memang OK la, kemudahan dia memang terbaek sebagai hospital swasta, orang pun x ramai (kire selesa sesangat la). Lagi pulak harga untuk servis dia tak la terlalu mahal. Masa buat bayaran, aku tekejut la jugak sebab aku kena RM66 je… ingat ke dia tersilap ke hape. Rupanya memang tu je yg aku kena bayar, ape2 aje lah (mungkin aku dpat diskaun kot). Masa nak balik tu sempat sembang ngan pak cik yang bawak anak dia buat cek-up kat situ. Anak dia nak sambung blaja ujung bulan ni, so dia ckap la awal2 pagi tadi dh pegi HKL, tapi result cek-up akan keluar selepas 2 minggu. Wow, nasib baik aku x pegi sana tadi… Hehehee. Aku tanya pak cik tu, anak dia kena brape? dia ckap RM88… owh ye  ke??? 🙂 – Moral of the story is… Allah memberikan nikmat-Nya (rezeki) kepada orang2 yang dikehendaki-Nya (kita) tanpa mengira masa dan keadaan, oleh itu sedarlah yang Allah itu sangat mengasihi dan menyayangi kita… Wallahua’lam.

Acuan Memajukan Bangsa dan Negara

Salam hormat buat semua sahabat, di hari yang indah ini ingin aku kongsikan secebis pendapat yang bermain-main di fikiran; jika tersalah mohonlah diampunkan. Topiknya ialah mengenai “Acuan untuk Memajukan Bangsa dan Negara”. Masih lagi teringat kata-kata Bapa pembangunan Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Wawasan 2020 (Malaysia sebuah negara maju menjelang  2020) dengan acuan sendiri. Maksudnya di sini negara kita bakal menjadi negara maju dengan menggunakan formula, kaedah dan cara yang tersendiri. Sebagai seorang rakyat yang setia dan berbangga dengan pencapaian Malaysia hari ini, rasanya tidak menjadi kesalahan untuk kita membincangkan hala tuju negara kita ini. Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain di dunia ini, Malaysia dilihat sebuah negara yang sangat aktif dan gigih berusaha demi mencapai hasrat yang terkandung di dalam misi Wawasan 2020. Tidak menjadi mustahil untuk kita mencapai matlamat tersebut apabila pelaburan asing sentiaa meningkat dari semasa ke semasa, peningkatan kadar pendapatan negara (KDNK), dan nikmat keamanan yang dikecapi tiada penghujungnya. Pada masa syarikat-syarikat gergasi asing datang bertapak di Malaysia, jenama negara juga semakin mendapat sambutan di mata dunia. Ini membuktikan bahawa Malaysia berhasil memperoleh kesan baik dari dasar-dasar yang diperkenalkan di dalam dekad yang lepas.

Kemajuan Malaysia sememnagnya mesti dibanggakan oleh setiap lapisan masyarakat yang bergelar “Rakyat Malaysia” apabila kita adalah antara negara yang terkedepan sama ada di peringkat Asia Tenggara mahupun di Asia. Kita dilihat gah apabila terbinanya mercu tanda negara (Menara Berkembar Petronas), menara telekomunikasi tertinggi (menara KL), litar lumba di Sepang, lapangan terbang yang serba canggih (KLIA), pusat pentadbiran kerajaan yang tersusun (W.P. Putrajaya), dan banyak lagi prasarana hebat lain. Namun di sini kita masih boleh persoalkan bagaimanakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembangunan yang diasaskan oleh acuan tersendiri. Masih lagi betah jika kita bandingkan dengan beberapa negara yang telah maju dan pada masa yang sama identiti asli mereka kekal tanpa terusik. Mengambil contoh negara-negara maju dan kuasa besar seperti Jepun, Korea Selatan, German, Russia dan China; mereka amat berbangga dengan kemajuan teknologi yang mereka miliki dan mereka juga berbagga dengan bahasa dan budaya mereka. Negara-negara ini kelihatan amat dominan menggunakan bahasa sendiri di dalam semua aspek urusan negara. Perdana Menteri Jepun menggunakan bahasa rasmi negara mereka untuk mengumumkan keadaan bencana Tsunami awal 2011 kepada dunia. Pelajar yang berhajat menyambung pelajaran di negara mereka perlu lulus ujian persediaan yang merangkumi bahasa, sejarah, adat dan kesenian negara tersebut terlebih dahulu. Ini menunjukkan kecintaan mereka kepada jati diri yang hanya dimiliki oleh bangsa mereka sahaja, namun Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris) tetap ditekankan.

Kondisi berlainan dirasai di negara kita apabila Bahasa Inggeris (BI) dilihat sebagai bahasa yang sangat penting melebihi Bahasa Malaysia (BM). Semua penduduk mahu ataupun tidak mesti menguasai dan memahami BI demi memajukan diri dan pergi jauh di dalam kerjaya. Hal ini dilihat memberi peluang kepada sesetengah golongan sahaja, sesetengah yang lain terus tersekat. Bangsa Melayu yang juga bangsa majoriti di negara ini adalah sebuah bangsa yang dilihat masih ramai dan agak sukar menguasai BI. Ramai di kalangan anak muda mereka yang berhasil melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tetapi tidak dapat pergi lebih jauh apabila bekerjaya walaupun memiliki buah fikiran yang bagus. Setelah bergraduat, mereka agak sukar mendapat pekerjaan dek kerana sektor awam yang menghadkan pengambilan kakitangan baru dan memperkenalkan pakej persaraan sehingga ke 58 tahun. Begitu juga di sektor swasta yang rata-rata dimonopoli bangsa lain dan terlalu tinggi prasyaratnya. Terpaksalah mereka mengikuti kursus jangka pendek untuk graduan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat GLC demi untuk meningkatkan potensi diri dan seterusnya membolehkan mereka untuk mendapat jawatan sementara di GLC tersebut tanpa jaminan untuk diserap tetap. Sungguhpun ada yang diserap ke jawatan tetap, bilangan mereka tidaklah banyak. Akhirnya bangsa ini dianggap pemalas, mudah lupa dan tidak suka mengambil peluang untuk memajukan diri bersama-sama bangsa lain; sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya. Pemerintah perlu meneliti kelemahan mereka sebelum memberi bantuan. Peluang yang seluas-luasnya harus diberi kepada generasi muda tempatan untuk melangkah lebih jauh dan mencapai tahap profesional. Akhir-akhir ini, golongan profesional yang ada di negara ini dilihat sangat ramai yang berasal dari negara luar, mereka cenderung berhijrah ke sini kerana dasar bebas dan peluang yang sangat luas untuk masyarakat global bertapak di sini. Secara tidak langsung merekalah yang menyumbang tenaga memajukan negara ini sementara masyarakat tempatan masih lagi ramai menjawat jawatan sokongan dan tinggal di kampung sebagai pekebun atau petani. Tidakkah kita terfikir akan kesannya kelak? Sepatutnya negara ini dibangunkan oleh masyarakat kita sendiri sama ada Melayu, Cina, India mahupun Masyarakat Pribumi dan  Bumiputra (Sabah dan Sarawak).

Warga negara luar yang berhijrah ke negara kita juga dilihat bebas dan tidak perlu membuat prsediaan awal berkaitan dengan BM, mereka bebas menggunakan BI. Seupamanya pelajar-pelajar asing yang mendaftar di universiti tempatan, mereka  tidak perlu mengikuti kursus persediaan berkaitan sejarah, budaya dan keseniaan Malaysia ataupun menduduki ujian BM sebelum meneruskan hasrat melanjutkan pengajian ke negara ini. Malah hal yang sebaliknya berlaku apabila pelajar-pelajar tempatan pula yang perlu memperkasakan BI untuk berkomunikasi dengan mereka. Jika perkara ini berterusan, BM tidak boleh dijadikan sebagai bahasa ilmu ataupun medium penyampai ilmu. Tidak hairanlah apabila ada segelintir masyarakat Malaysia sendiri merasa bodoh menggunakan BM (“I feel stupid when I speak in Malay”), ada juga yang tidak betah berbahasa BM dengan lancar, ada yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa utama mereka walaupun mengaku sebagai rakyat Malaysia. Tidak juga dinafikan bahawa “bahasa rojak” semakin lama semakin luas digunakan. Di mana letaknya kredibiliti BM jika masyarakat kita sndiri tidak mahu menggunakannya. Perlukah kita mengharapkan orang luar dari Malaysia membangunkan BM?

Kita perlu sedar bahawa BM hanya ada di Malaysia sahaja dan sudah menjadi tanggung jawab kita untuk menggunakan bahasa ini secara keseluruhan. BM adalah hak mutlak Malaysia dan sewajarnya rakyat yang bersatu di bawah Gagasan 1 Malaysia menjunjung bahasa ini sebagai bahasa yang utama. Kita seharusnya berusaha membuktikan BM adalah bahasa yang setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini dan Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020 walaupun berbahasa BM. Berjayakah Gagasan 1 Malaysia jika semua rakyat masih lagi berpecah dari segi bahasa? Masyarakat Melayu dengan BM, Cina dengan Bahasa Cina (BC), dan India dengan Bahasa Tamil (BT). Tidak wajar jika kita menggunakan BI sebagai wadah penyatuan bangsa-bangsa ini kerana BI adalah bahasa anatarabangsa yang menjadi alat komunikasi dunia dan tidak menggambarkan identiti kita. Penyelesaian kepada isu ini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk negara ini melaksanakan langkah perlu terutamanya menyelaras semula sistem pendidikan negara supaya tidak lagi berkonsepkan 3 aliran seperti yang ada sekarang. Kita perlu ada sebuah sistem pendidikan yang satu, berpandukan identiti Malaysia dan secara jelasnya akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki jati diri. Sistem ini mestilah menekankan BM sebagai bahasa utama dan menerapkan kurikulum yang sama di semua sekolah dalam usaha mengahsilkan modal insan yang sama dan serupa, tiada lagi perbezaan dan kelebihan untuk mana-mana golongan. BI diterapkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Usaha ini bukan bertujuan membentuk sebuah negara bangsa tetapi membentuk masyarakat yang memiliki fahaman yang sama. Kempen-kempen menggalakkan penggunaan BM seperti yang ada sekarang; kempen Gunalah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Jiwa Bangsa perlu diubah dan diselaras dengan usaha yang lebih berani dan memberi kesan kepada semua.

Sekadar itu sahaja garapan yang ingin dikongsikan. Kami selaku generasi muda negara ini berharap boleh melihat negara ini maju tanpa melenyapkan apa yang menjadi identiti bangsa kita. Sekian, wallahua’lam.

Mandi-manda di Sunway Lagoon

Tak diduga, hari minggu lepas lepas aku ke Sunway Lagoon (menghabiskan hari Ahad yang free disana) hehehhe 🙂 Kisahnya ade kawan aku ni la yang nak sangat masuk Sunway Lagoon, aku pun belum pernah pegi sana lagi… Jam 11.00 pagi kami sampai sana, agak ramai juga pengunjung masa tu terutamanya orang asing dari Arab, Indonesia dan lain2. Melangkahkan kaki ke dalam Water Theme Park tersohor di KL tu, kami tidaklah terlalu teruja memandangkan kami hanya mengambil pakej 3 park sahaja, dengan harga tiket yang agak lumayan tapi dapat refund RM10.00 selepas keluar.

Sebelum ke Water Park, kami singgah dulu di Wild Park tempat binatang2 seperti rama2, burung2 dan bnyak lagi. Suasana di dalam Wild Park tidak jauh beza dengan Taman Burung Kuala Lumpur, burung2 dan pengunjung bebas bergerak di bawah jaring yang besar. Melangkah ke Water Park, suasana sagat meriah… kawasan yang disediakan juga luas dan banyak pilihan, ada longkang besar mengelilingi park seperti juga di Taman Tema Carnivall di Sungai Petani. Ada dua kawasan yang digambarkan seperti pantai dengan ombak buatan yang hebat & cool, cuma airnya tidak masin… satunya sebuah kolam mengadap pentas persembahan dan sebuah lagi direka bersama pasir2 yang sebenar. Terdapat juga beberapa buah gelongsor yang hebat. Pelampung perlu sewa tapi dapat refund separuh harga bila pulang balik.

Seharian kami berenang-renang di Sunway Lagoon, jam 5.30 petang barulah kami berangkat untuk balik… Sememangnya menarik dan menyeronokkan walaupun agak memenatkan. Mahu tidaknya berjemur di tengah panas sehari suntuk, rambut jadi kusut dan keras… hahahah 😦 dah balik rumah memang ngantuk giler. Overall okay la, memang menarik dan serba indah. Fasiliti lengkap beserta kebersihan yang terjaga.

Sedikit pesanan untuk kita orang Islam, jagalah perilaku bila kita di mana-mana pun. Pakailah pakaian yang menutup aurat dan sesuai bagi perempuan mahupun lelaki. Jaga adat susila dan pelakuan jika ke sana dengan pasangan yang belum berkahwin, janganlah sebebasnya bersentuhan hanya dengan alasan tiada siapa yang tahu. ingatlah bahawa Allah tetap mengetahui apa yang dikerjakan. Seperkara lagi jangan lupa untuk bersolat apabila masuk waktunya, cubalah sedaya upaya untuk melaksanakan tiang agama itu. Wallahua’lam.

Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.4>>Last)

Hari terakhir untuk trip ke Sabah, hari ke-4 kami hanya berlegar di Bandaraya Kota Kinabalu @ Jeselton. Memulakan hari ini kami berjalan-jalan di sepanjang jalan besar (Jln. Tun Razak) di tengah bandar KK, disini terletak kompleks Mahkamah, Pejabat Pos Besar dan sebuah taman yang adanya tugu peringatan. Di sebalik bangunan Pos Malaysia, kami terlihat Pasar Kota Kinabalu, jadi kami memutuskan untuk bersarapan di situ sahaja. Pasar KK agak besar dan lebar, pelbagai barangan ada disini… seperti juga pasar2 lain di Malaysia ni. Kami segera ke tingkat atas untuk mencari makanan. Ternyata makanan di sini sangat dipengaruhi makanan Indonesia. Bakso, soto, lontong dan lain-lain sangat mudah ditemukan. Selesai makan kami bergerak ke Pasar Filipina yang sangat terkenal di Sabah. Di sini sememangnya dikhaskan untuk menjual barangan cenderamata dari Sabah… Banyak juga yang kami beli, buat buah tangan keluarga di semenanjung. Antara yang menarik perhatian kami selain key chain, t-shirt dan barangan mutiara terdapat juga kain batik Borneo yang bermotif “Pua Kumbu”, sememangnya cantik. Makanan ringan seperti keropok keping dari ubi, ikan masin dan hasil laut yang lain juga ada dijual. Dek kerana terlalu asyik membeli belah, kami terlupa yang kami perlu check out dari hotel sebelum jam 2.00 petang. Kesannya, terpaksalah kami menambah kos penginapan separuh harga untuk sehari… 😦

Penerbangan kami pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 6.30 petang. Sempatlah kami meronda KK sebelum ke airport walaupun tidak menyeluruh, masih banyak tempat di KK perlu dilawat. Kami tidak melangkahkan kaki pun ke mall2 besar di KK kerana bagi kami mall bukan tujuan kami ke sana, masih banyak mall di KL yang belum pernah dijengah… heheheh 🙂 Jam 5.30 petang, teman kami menawarkan diri untuk menghantar kami ke airport KK, jadi selamatlah duit teksi. Alhamdulillah, segalanya sudah selamat… Kami sampai di LCCT, Kuala Lumpur jam 8.30 mlm dan semuanya selesai apabila jam 11.00 mlm sudah sampai di rumah.

Antara yang dibeli…

Jln. Tun Razak, KK dan bangunan Centre Point

Tugu peringatan di Jln. Tugu, KK

Kesimpulannya, percutian di Sabah sememangnya menarik. Sabah ada segalanya, selamat melancong ke Sabah… sekadar untuk berkongsi dengan saudara saudari teman2 yang merancang untuk melancong/ bercuti keluar dari kota, kami telah menamatkan percutian di Sabah dengan hanya kurang dari RM500.00 seorang sahaja. Ia amat berbaloi dan tidak memerlukan ribuan ringgit (untuk yang bujang sahaja, yang berkeluarga mungkin lebih). Masih banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh kita teroka dengan kos yang rendah terutamanya di Borneo. Pelancongan domestik amat menarik dan sangat terjamin, tidak perlu risau tentang pasport ataupun kos tambahan untuk rakyat asing. InsyaAllah kami merancang ke Kuching pula, jika tiada aral… Jika Fizow Omar dan Karl Syafek dengan 3Hari 2Malam, kami plak dengan 4Hari 3Malam… 🙂 semestinya lebih baik. Sampai disini sahaja untuk kali ini, ada masa bersua kembali, wallahua’lam… Wasalam.

Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.3)

Berjumpa lagi, untuk hari yang seterusnya (hari ke-3) kami di Negeri Sabah. Hari ini ada sedikit masalah yang kami hadapi, entah kenapa semua kami senak perut… x pasti sama ada tersilap makan atau tersedut udara kotor, hahahah. Lepas seorang, seorang yang tumbang dan tak larat nak berjalan-jalan dah. Tetapi dah mengenangkan kami dah berada sejauh ini, maka kami teruskan juga aktiviti. Jam dah pukul 11.00 pagi, so mula-mula kami ke pekan Ranau, mencari kedai makan (dah time lunch)… Siap je makan, kami bergerak ke “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru (15KM dari pekan Ranau). Kat sini adalah pusat rekreasi ikan kelah, pelancong boleh masuk ke sungai bermain-main dengan ikan kelah yang sangat banyak sambil memberi makan kepadanya. Memang mengasyikkan, hampir 30 minit kami bersama ikan2 tu.

Ikan Kelah (Kelah Fish) 🙂

Kami… :p

Bersebelahan dengan kawasan rekreasi kelah tadi ialah perkebunan teh (teh sabah) yang sangat popular di Jom Heboh TV3 tu, memang nyaman di kebun tersebut, udara yang dingin dan saujana mata memandang. Agak luas kawasannya walaupun tidak seluas dan senyaman di Cameron Highland, Pahang. untuk ke puncak perkebunan ini, anda perlu mendaki jalan berbukit tanpa turap (pacuan 4 roda sangat sesuai) dan di puncak terdapat sebuah kilang dan sebuah gedung yang mengandungi kedai cenderahati, kedai istemewa Teh Sabah sama ada yang belum dibancuh atau telah dibancuh dan beberapa ruang rehat.

Selanjutnya, kami bergerak pula ke Poring Hot Spring, di kaki Gunung Kinabalu. Di sini ada kolam air panas, kanopi walkaway (157.8 meter panjang & 41 meter tinggi), taman rama2, Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan. Kolam air panas di sini sangat teratur dan di kelaskan kepada beberapa bahagian, ada kolam untuk mandi beramai2, ada juga kolah yang dibuat untuk individu, dan ada yang dibina secara tertutup. Namun kami hanya sempat melawat kolam air panas sahaja kerana kesuntukan masa dan keadaan langit yang ingin untuk menurunkan hujan.

Keindahan alam semulajadi

hanya papan penunjuk arah, lokasinya ndak sempat bah…

Hujan turun selebatnya di Ranau, membuat suasana menjadi gelap dan dingin sekali. Sedikit kekecewaan yang kami rasakan kerana waktu kami di Sabah sangatlah singkat sehingga tidak sempat untuk ke Gunung Kinabalu, mercu tanda kebanggaan Sabah. Namun sempat juga kami singgah di Kinabalu Pine Resort, dapat juga la kami melihat Gunung Kinabalu dari kejauhan. Kinabalu Pine Resort sememangnya indah dengan senibina Inggeris yang bergaya dan beraneka tumbuhan antaranya pokok ru yang besar2 dan bunga-bungaan berwarna-warni. Suhu yang sejuk menggalakkan tumbuh-tumbuhan untuk menghijau di sini. Kami meninggalkan Ranau dan bergerak ke Kota Kinabalu, ibu kota bagi negeri Sabah. Di pertengahan jalan, seorang daripada kami tidak dapat menahan lagi kekeracunan makanan di dalam dirinya apabila dia lesu dan tidak mampu berbuat apa2 dan memuntahkan segala isi perutnya. Masih lagi kuingat kekecohan di dalam kereta, sememangnya semua terkejut lalu mencari tempat untuk berhenti… hahahah :-)) Malangnya, di Sabah tersangatlah banyaknya anjing… di mana-mana pun ada anjing, sampai kawan aku ni takut nak turun dari kereta, hahahahha!

Kami, udah petang singgah disini, jam hampir pukul 6.00 ptg

Sampai je di Tuaran kami singgah di Unit Kecemasan, Hospital Tuaran dan kawan kami ni kena tahan untuk dimasukkan 1 pine air, walaweh kena tunggu sejam… Di perjalanan kami hanya mampu melihat papan tanda ke Jambatan Tamparuli dan simpang ke Kota Belud, walaupun tempat2 itu termasuk di dalam senarai kami. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan… InsyaAllah ada masa aku datang lagi Sabah bah, mau pergi tamu di Kota Belud dan tanjung Simpang Mengayau di Kudat. Sampai di hotel dah pukul 12.30 tgh malam, aku tapaukan nasi goreng kampung untuk semua tapi aku sorang2 je makan… yang lain dah x lalu nak telan makanan & terus tido je. Masa beli nasi tadi, baru aku tahu orang Sabah panggil Telur Mata Kerbau tu ialah Telur Mata Lembu… heheheh, xtau plak jadi lembu. Berakhirlah perjalanan kami untuk hari yang ke-3, insyaAllah sambungannya (hari ke-4) akan menyusul.

Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.2)

Sambungan bagi Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.1>>Intro) yang lalu. Suka aku ceritakan aktiviti kami di Sabah untuk hari kedua. Ternyata pagi di Sabah lebih cepat, solat Subuh kami jam 5.30 seumpama jam 6 lebih di semenanjung apabila suasana sudah cerah. Sebelum pergi jauh, kami menginap di rumah teman di Kampung Kolapis Darat, Beluran. Selesai bersiap-siap, jam 9.00 kami bertolak ke Pekan Beluran (jauh di pedalaman Sabah) untuk mencari sarapan… di sana kami teruja melihat tamu di sini, agak sama dengan pasar pagi di kampung halaman, ramai penjaja wanita di pertengahan usia yang berdagang di situ. Barang jualan juga beranika dari pelbagai jenis sayuran kampung (pucuk paku, pucuk ubi dan banyak lagi) dan harga lebih murah berbanding di semenannjung.

Pemandanagan di Tamu Beluran

Selesai di bahagian sayuran, kami bergerak bahagian basah, memang menarik sebab ia dibina di atas sungai dan mirip sebuah jeti. Ikan dan hasil laut didaratkan terus disitu untuk dijual, untung penduduk disini, mendapat bekalan protein segar setiap hari. Di tepi sungai tu juga ada sebuah stesen minyak Petronas, yang sedikit pelik pasal stesen minyak ni, dia ada dua belah. Sebelah mengadap darat dan sebelah lagi mengadap air… pelik2. Kembali ke tujuan asal, ingin mencari sarapan… jadi kami ke gerai kuih muih tradisional Sabah, banyak yang pelik-pelik tapi oleh kerana perangai aku ni susah sikit kalau benda-benda tak biasa… hehehe kawan aku je yang beli sejenis kuih yang dibungkus denga daun kelapa muda, isinya pulut, intinya sambal udang dan dikukus, ia mirip pulut bakar di semenanjung tapi ia lebih pendek. Nama kuih itu Kuih Kulapes, agak sedap dan nyaman.

Ikan pari, segar dari laut…

Stesen minyak Petronas

Sebelum berangkat pulang, kami singgah dulu di atas bukit di pekan Beluran ni, kat atas bukit tu terletak Balai Polis Beluran dan beberapa kuarters kerajaan. Pemandangan disitu sungguh indah, kita dapat melihat secara terus keseluruhan pekan Beluran bersama-sama muara sungainya yang luas. Angin juga sepoi-sepoi bahasa dengan kabus memutih seperti berada di tanah tinggi.

Pekan Beluran dari atas bukit

Pulang ke rumah, kami merancang ke Sandakan pula. tapi sebelum tu sempat kami menjengah Kampung Kolapis Air/Laut, dekat je dengan rumah teman kami tu, hanya besebelahan. Uniknya kampung ni adalah kampung air, dibina terapung di atas air dan setiap rumah dihubungkan dengan jambatan atau laluan khas umpama jaringan. Sebelum ini, aku hanya melihat di kaca-kaca TV sahaja, TV3 umpamanya sering membuat laporan mengenai kehidupan Bajau Laut yang hidup sedemikian ataupun Kampung Air yang terkenal di Brunei. Sungguh teruja apabila menjejakkan kaki di kediaman masyarakat di sini, anak-anak mereka sungguh betah mengharung air, berenang-renang walau ia sangat dalam.

Kampung kolapis Air/laut
Rumah Mesra Rakyat versi di atas airMawie dan anak-anak Kampung Kolapis Air/Laut

Trip diteruskan ke Sandakan, selesai bersolat Zuhur & Asar di Masjid Miftahul Jannah, Kg Kolapis Darat kami pun bertolak ke Bandar sandakan, lumayan juga jauhnya apabila memakan masa lebih dari 1  jam denga keadaan jalan raya yang kurang baik dan sedang dibaik pulih. Dalam perjalanan kereta kami pancit, hehehhe mungkin tidak dapat menampung bebanan yang berat… 🙂 nasib baik bisa tukarin rodanya sendiri aja, hehehe. Sampai di tempat pemulihan orang utan di Sepilok jam 2.00 petang, sempat la tengok orang utan makan… pengunjung/pelancong memang ramai. Tapi sedikit kecewa, aku fikir dapat la pegang & bergambar dengan orang utan dekat2, rupanya x boleh, pengunjung hanya boleh tengok jauh2 je. mmm, kami balik awal, dan terus ke bandar Sandakan sebab belum makan tengahari. Kami terus sahaja ke Nam Nam, sebuah pusat makanan laut di sana, memang banyak pilihan dan pelbagai jenis “seafood” ada di sini. Nyum nyum ikan bakar best, kat sini sup kosong akan diberi secara automatik tapi kurang menyengat. Air kosong juga diutamakan di sini, air manis2 memang kureng (kalau order pun, x manis). Orang Kelantan kalau duduk di Sabah, xtahu la apa jadi… Selesai makan, kami bergerak ke bandar lama, kat sini ada Dermaga kapal TLDM (KD Sri Sandakan). memang ramai orang, sebab masa tu TLDM ada buat open day… Tempat tu memang menarik sebab dibina sepanjang laut dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga di petang hari. Di sana juga ada 1 puncak yang boleh melihat keseluruhan bandar Sandakan, aku lupa nama puncak tu (ramai orang cina buat rumah kat situ). Kat sana juga ada sebuah tokong cina yang besar dan menjadi tempat kunjungan pelancong, tapi kami x sempat nak tengok…

Orang Utan

KD Sri Sandakan

Bandar Ramai2, dari puncak

Turun dari puncak, sebelum bertolak balik ke Beluran… kami bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Jamek bandar Sandakan, sebuah masjid tua yang terletak di tengah2 kepesatan bandar. Senibina masjid ini sungguh unik, ia dibina di lereng bukit dan sangat tinggi (terfikir bagaimana pembinaannya kerana dilihat seolah-olah dilekatkan di bukit tersebut). Tepat jam 11.00 malam, kami bertolak pula ke Ranau. sebuah lokasi yang padat dengan tempat menarik dan disana jugalah Gunung Kinabalu… yahooo,

Dalam perjalanan ke ranau, 2 orang daripada kami bergilir-gilir memandu bagi mengelak dari mengantuk. Keadaan jalan yang agak teruk menambah rasa gerun kami untuk meneruskan perjalanan. Sekitar jam 3.00 pagi, kami sampai di rumah seorang lagi teman yang terletak di tepi jalan ke Poring Hot Spring. Dia ada masak mee goreng untuk kami sebagai supper, then tido… habis la cerita hari ke-2 di Beluran, Sandakan dan Ranau, Sabah. Sambung esok daaa.

Pentingnya Kesatuan

Salam semua, entah kenapa harini nak cerita pasal kesatuan. Mungkin hanya perbincangan ringkas dan pendek. Memang penting sesebuah ummat itu untuk bersatu dan bersepakat dalam segala hal jika menginginkan sebuah masa depan yang cemerlang. Pelbagai aspek dapat dirungkai dari perkara ini, dan pelbagai juga kondisi kehidupan yang boleh diambilkira untuk menerapkan penyatuan. Ruang yang paling kecil ialah kesatuan di dalam keluarga yakni bersatu hati membentuk sebuah keluarga yang utuh dan harmoni. Agak kecelaruan apabila seorang ayah tidak menghiraukan keluarga dan ibu pula sibuk dengan kerja. Maka timbullah anak-anak yang memiliki peribadi yang tidak sempurna dan mula terjebak dengan aktiviti sosial yang kurang baik hanya untuk mengisi masa terluang mereka dan masa ini sepatutnya adalah bersama ibu bapa. Apabila ahli keluarga tidak sependapat, rosaklah keluarga itu.

Keluar sedikit dari skop rumah, kita akan bertemu dengan ruang pejabat atau ruang kerja kita. Kita bersua dengan rakan-rakan sekerja setiap hari sama ada lima  atau 6 hari seminggu dari pagi sehingga petang dan merekalah kawan yang selalu kita berjumpa seperti juga di zaman persekolahan dulu. Di pejabat, mungkin banyak lapisan yang perlu diterjemahkan sebagai rakan sekerja seperti rakan sesyarikat, rakan sejabatan, rakan seunit, dan rakan sesubunit. tidak kiralah di lapisan mana, jika kita tidak sehaluan dan tiada penyatuan maka pekerjaan seharian tidak akan berjalan lancar dan hasrat memajukan syarikat lambat tercapai. Pernah saya merasai sendiri di pejabat saya, sering terjadi perkara seperti seorang tidak senang dengan seorang yang lain sehingga tidak bercakap dan tidak bertemu muka dan sanggup mengirim pesan kepada orang lain untuk disampaikan walaupun ia berkait kerja. Maklumat yang penting & khusus untuk orang itu juga hanya dikirim melalui emel, sedangkan amat selesa jika diberi “by hand” sahaja, malah emel juga diberi secara group dan bukan terus ke alamat emel orang itu. Ini dilihat budaya yang telah menyekat sesebuah organisasi mencapai kesempurnaan. Kesempurnaan tidak akan datang melalui jalan yang tidak sempurna. Tidak hairanlah apabila hasil organisasi itu tidak baik apabila dipersembahkan kepada umum.

Terakhir di sini ialah bangsa dan masyarakat, hari ini kita lihat bangsa kita sedikit berpecah dan tidak menekankan penyatuan di dalam membuat keputusan. Sesungguhnya majulah sesebuah bangsa itu apabila mereka bersatu dan berpegang teguh dengan satu misi, visi dan matlamat untuk kepentingan bangsa mereka. Sudah sampai masanya untuk kita bersatu dan membulatkan tekad untuk memperkukuhkan apa yang masih kita ada.

Sampai di sini sahaja, apa yang silap harap diampun. Wallahua’lam.