Pentingnya Kesatuan

Salam semua, entah kenapa harini nak cerita pasal kesatuan. Mungkin hanya perbincangan ringkas dan pendek. Memang penting sesebuah ummat itu untuk bersatu dan bersepakat dalam segala hal jika menginginkan sebuah masa depan yang cemerlang. Pelbagai aspek dapat dirungkai dari perkara ini, dan pelbagai juga kondisi kehidupan yang boleh diambilkira untuk menerapkan penyatuan. Ruang yang paling kecil ialah kesatuan di dalam keluarga yakni bersatu hati membentuk sebuah keluarga yang utuh dan harmoni. Agak kecelaruan apabila seorang ayah tidak menghiraukan keluarga dan ibu pula sibuk dengan kerja. Maka timbullah anak-anak yang memiliki peribadi yang tidak sempurna dan mula terjebak dengan aktiviti sosial yang kurang baik hanya untuk mengisi masa terluang mereka dan masa ini sepatutnya adalah bersama ibu bapa. Apabila ahli keluarga tidak sependapat, rosaklah keluarga itu.

Keluar sedikit dari skop rumah, kita akan bertemu dengan ruang pejabat atau ruang kerja kita. Kita bersua dengan rakan-rakan sekerja setiap hari sama ada lima  atau 6 hari seminggu dari pagi sehingga petang dan merekalah kawan yang selalu kita berjumpa seperti juga di zaman persekolahan dulu. Di pejabat, mungkin banyak lapisan yang perlu diterjemahkan sebagai rakan sekerja seperti rakan sesyarikat, rakan sejabatan, rakan seunit, dan rakan sesubunit. tidak kiralah di lapisan mana, jika kita tidak sehaluan dan tiada penyatuan maka pekerjaan seharian tidak akan berjalan lancar dan hasrat memajukan syarikat lambat tercapai. Pernah saya merasai sendiri di pejabat saya, sering terjadi perkara seperti seorang tidak senang dengan seorang yang lain sehingga tidak bercakap dan tidak bertemu muka dan sanggup mengirim pesan kepada orang lain untuk disampaikan walaupun ia berkait kerja. Maklumat yang penting & khusus untuk orang itu juga hanya dikirim melalui emel, sedangkan amat selesa jika diberi “by hand” sahaja, malah emel juga diberi secara group dan bukan terus ke alamat emel orang itu. Ini dilihat budaya yang telah menyekat sesebuah organisasi mencapai kesempurnaan. Kesempurnaan tidak akan datang melalui jalan yang tidak sempurna. Tidak hairanlah apabila hasil organisasi itu tidak baik apabila dipersembahkan kepada umum.

Terakhir di sini ialah bangsa dan masyarakat, hari ini kita lihat bangsa kita sedikit berpecah dan tidak menekankan penyatuan di dalam membuat keputusan. Sesungguhnya majulah sesebuah bangsa itu apabila mereka bersatu dan berpegang teguh dengan satu misi, visi dan matlamat untuk kepentingan bangsa mereka. Sudah sampai masanya untuk kita bersatu dan membulatkan tekad untuk memperkukuhkan apa yang masih kita ada.

Sampai di sini sahaja, apa yang silap harap diampun. Wallahua’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s