Jalan-jalan & shopping di Ho Chi Minh City, Vietnam #Day 2 & 3

Salamz semua, hari kedua di Ho Chi Minh memang bnyak jugak benda kami buat. Kali ni kami pecah dua group, dua org dari kami ikut Effendi pegi sekitar bandar HCM. Diorang gi Pejabat Pos lama HCM, Gereja bersejarah, terowong tentera masa perang Vietnam dulu, & Russian Market. Kami bertiga pulak pegi jalan2 sendiri, kemana je pun! Ke Pasar Ben Than tu je… Hahaha. Kawan aku sorang ni mmg datang HCM nak borong kain sebab nak balik jual ke office matte dia, aduhai mmg sakan la dia keliling Ben Than tu nak cari mana kedai yang boleh bagi harga paling murah kedia. Lama jugak la pusing2 dalam pasar tu. Dah penat pusing2 kami singgah kedai mamak, itu je lah yang ada. Makan nasi kari2 semua untuk 3 orang, memang mahal.

Kami sambung lagi jalan2, nak cari barang sukan pulak (katanya kat sini barang sukan murah). Cari punya cari, xde pun yg murah.. Harga lebih kurang je, dah la jalan kaki (penat doh), stop dekat tengah2 roundbout besar macam taman dah diorang buat ada tempat berehat & dataran. Dekat HCM banyak taman2 rekreasi, masyarakat dorang suka keluar beramai2 untuk bersenam (bagus gak la budaya dorang). Dah letih berehat kami jalan balik ke hotel. Malamnya keluar lagi cari bihun sup akak tu, hmmm segar rasanya. Geng dua org lagi tu malam baru sampai balik hotel, katanya seronok… Hmmm melepas lah nk tengok tempat2 sejarah!

Hari ketiga dah hari last, flight balik KL petang so pagi ni sempat lagi la gi pasar Ben Than buat kali terakhir. Gi pusing2 cari apa2 yng boleh wat balik ke family n kawan2. Peniaga kat sana memang pandai, diorang panggil org Malaysia abang, lalu je depan diorang mesti mendayu2 panggil abang! Abang! Adoi… Bingit jugak, hahahha. Besar pasar ni, dia bahagi by section ikut barangan, Bahagian makanan mmg kami xmasuk la sebab xrasa nak makan kat situ. Dah puas pusing2 kami gi belah belakang, bahagian jual buah2.. Ada satu kedai pak cik ni jual mangga besar2 lah, so aku tanya la “how much this, do you have yellow one?” Sekali dia marah & maki2 kami. Alamak apa aku cakap? Kami lari dari dia & nampak makcik jual mangga kuning dengan basikal, kami terus beli, xtengok dah pakcik tu, heheh.

Lepas check-out kami terus ke airport, masa tu macam pukul 3 ptg (waktu Malaysia). Airport dia agak bosan, xtau nak buat apa sambil tunggu flight kami, tunggu2 sampai la kaunter buka pukul 7 ptg. Masa check-in tu Kawan aku ni dah risau sebab dia bawak beg besar, risau xlepas kastam. Dekat kaunter lepas, bila beg dia berjalan masuk ke bilik kastam tiba2 sorang mamat keluar n panggil nama kawan aku tu, dia mintak passport lepas tu tulis sesuatu dekat kertas kecik n selit dekat passport. Cuak gila masa tu ingat xleh balik dah, kawan aku kelam kabut datang dekat kami gtau mamat kastam tu tulis 150 dekat kertas tu. Mula2 mmg bengang lah sebab mmg kena lah kami kalini, so kami pakat nk bincang dulu. Last2 mamat tu mintak 100, dia nak jugak duit haram tu… Dari berpanjangan n ingat ni bkannya tempat kita, kawan aku bagi jugak 100, nasib baik la dia ada lagi duit cash masa tu, dari lambat n terlepas flight dia bayar jugak… Agak2 kalau xbagi duit tu apa jadi ye? Kami selamat naik flight balik ke LCCT dan dengan bangganya berjanji xnak gi dah HCM… Hahaha. Tapi ni semua pendapat peribadi dan perkongsian pengalaman kami sahaja, silalah ke sana. Asalkan berhati2 dan sentiasa beringat dengan apa jua keadaan. Sebenarnya kemana pun kita pergi sama sahaja, yang penting kita mesti bijak dan tahu menyesuaikan diri. Jangan sesekali menunjuk2 dan buat2 yang kita tidak tahu, ini memudahkan kita ditipu/ dibuli sebab kebanyakan masyarakat luar menganggap org kita kaya2 dan mudah mengikut arahan dorang. Itu sahajalah perkongsian dari kami🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s