Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.2)

Sambungan bagi Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.1>>Intro) yang lalu. Suka aku ceritakan aktiviti kami di Sabah untuk hari kedua. Ternyata pagi di Sabah lebih cepat, solat Subuh kami jam 5.30 seumpama jam 6 lebih di semenanjung apabila suasana sudah cerah. Sebelum pergi jauh, kami menginap di rumah teman di Kampung Kolapis Darat, Beluran. Selesai bersiap-siap, jam 9.00 kami bertolak ke Pekan Beluran (jauh di pedalaman Sabah) untuk mencari sarapan… di sana kami teruja melihat tamu di sini, agak sama dengan pasar pagi di kampung halaman, ramai penjaja wanita di pertengahan usia yang berdagang di situ. Barang jualan juga beranika dari pelbagai jenis sayuran kampung (pucuk paku, pucuk ubi dan banyak lagi) dan harga lebih murah berbanding di semenannjung.

Pemandanagan di Tamu Beluran

Selesai di bahagian sayuran, kami bergerak bahagian basah, memang menarik sebab ia dibina di atas sungai dan mirip sebuah jeti. Ikan dan hasil laut didaratkan terus disitu untuk dijual, untung penduduk disini, mendapat bekalan protein segar setiap hari. Di tepi sungai tu juga ada sebuah stesen minyak Petronas, yang sedikit pelik pasal stesen minyak ni, dia ada dua belah. Sebelah mengadap darat dan sebelah lagi mengadap air… pelik2. Kembali ke tujuan asal, ingin mencari sarapan… jadi kami ke gerai kuih muih tradisional Sabah, banyak yang pelik-pelik tapi oleh kerana perangai aku ni susah sikit kalau benda-benda tak biasa… hehehe kawan aku je yang beli sejenis kuih yang dibungkus denga daun kelapa muda, isinya pulut, intinya sambal udang dan dikukus, ia mirip pulut bakar di semenanjung tapi ia lebih pendek. Nama kuih itu Kuih Kulapes, agak sedap dan nyaman.

Ikan pari, segar dari laut…

Stesen minyak Petronas

Sebelum berangkat pulang, kami singgah dulu di atas bukit di pekan Beluran ni, kat atas bukit tu terletak Balai Polis Beluran dan beberapa kuarters kerajaan. Pemandangan disitu sungguh indah, kita dapat melihat secara terus keseluruhan pekan Beluran bersama-sama muara sungainya yang luas. Angin juga sepoi-sepoi bahasa dengan kabus memutih seperti berada di tanah tinggi.

Pekan Beluran dari atas bukit

Pulang ke rumah, kami merancang ke Sandakan pula. tapi sebelum tu sempat kami menjengah Kampung Kolapis Air/Laut, dekat je dengan rumah teman kami tu, hanya besebelahan. Uniknya kampung ni adalah kampung air, dibina terapung di atas air dan setiap rumah dihubungkan dengan jambatan atau laluan khas umpama jaringan. Sebelum ini, aku hanya melihat di kaca-kaca TV sahaja, TV3 umpamanya sering membuat laporan mengenai kehidupan Bajau Laut yang hidup sedemikian ataupun Kampung Air yang terkenal di Brunei. Sungguh teruja apabila menjejakkan kaki di kediaman masyarakat di sini, anak-anak mereka sungguh betah mengharung air, berenang-renang walau ia sangat dalam.

Kampung kolapis Air/laut
Rumah Mesra Rakyat versi di atas airMawie dan anak-anak Kampung Kolapis Air/Laut

Trip diteruskan ke Sandakan, selesai bersolat Zuhur & Asar di Masjid Miftahul Jannah, Kg Kolapis Darat kami pun bertolak ke Bandar sandakan, lumayan juga jauhnya apabila memakan masa lebih dari 1  jam denga keadaan jalan raya yang kurang baik dan sedang dibaik pulih. Dalam perjalanan kereta kami pancit, hehehhe mungkin tidak dapat menampung bebanan yang berat…🙂 nasib baik bisa tukarin rodanya sendiri aja, hehehe. Sampai di tempat pemulihan orang utan di Sepilok jam 2.00 petang, sempat la tengok orang utan makan… pengunjung/pelancong memang ramai. Tapi sedikit kecewa, aku fikir dapat la pegang & bergambar dengan orang utan dekat2, rupanya x boleh, pengunjung hanya boleh tengok jauh2 je. mmm, kami balik awal, dan terus ke bandar Sandakan sebab belum makan tengahari. Kami terus sahaja ke Nam Nam, sebuah pusat makanan laut di sana, memang banyak pilihan dan pelbagai jenis “seafood” ada di sini. Nyum nyum ikan bakar best, kat sini sup kosong akan diberi secara automatik tapi kurang menyengat. Air kosong juga diutamakan di sini, air manis2 memang kureng (kalau order pun, x manis). Orang Kelantan kalau duduk di Sabah, xtahu la apa jadi… Selesai makan, kami bergerak ke bandar lama, kat sini ada Dermaga kapal TLDM (KD Sri Sandakan). memang ramai orang, sebab masa tu TLDM ada buat open day… Tempat tu memang menarik sebab dibina sepanjang laut dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga di petang hari. Di sana juga ada 1 puncak yang boleh melihat keseluruhan bandar Sandakan, aku lupa nama puncak tu (ramai orang cina buat rumah kat situ). Kat sana juga ada sebuah tokong cina yang besar dan menjadi tempat kunjungan pelancong, tapi kami x sempat nak tengok…

Orang Utan

KD Sri Sandakan

Bandar Ramai2, dari puncak

Turun dari puncak, sebelum bertolak balik ke Beluran… kami bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Jamek bandar Sandakan, sebuah masjid tua yang terletak di tengah2 kepesatan bandar. Senibina masjid ini sungguh unik, ia dibina di lereng bukit dan sangat tinggi (terfikir bagaimana pembinaannya kerana dilihat seolah-olah dilekatkan di bukit tersebut). Tepat jam 11.00 malam, kami bertolak pula ke Ranau. sebuah lokasi yang padat dengan tempat menarik dan disana jugalah Gunung Kinabalu… yahooo,

Dalam perjalanan ke ranau, 2 orang daripada kami bergilir-gilir memandu bagi mengelak dari mengantuk. Keadaan jalan yang agak teruk menambah rasa gerun kami untuk meneruskan perjalanan. Sekitar jam 3.00 pagi, kami sampai di rumah seorang lagi teman yang terletak di tepi jalan ke Poring Hot Spring. Dia ada masak mee goreng untuk kami sebagai supper, then tido… habis la cerita hari ke-2 di Beluran, Sandakan dan Ranau, Sabah. Sambung esok daaa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s