Jalan-jalan & shopping di Ho Chi Minh City, Vietnam #Day 1

Salam kepada semua pembaca, di sini ada sedikit perkonsian pasal percutian kami ke Vietnam. Kami berjalan-jalan dan berbelanja di sekitar bandar Ho Chi Minh City. Baru seminggu yang lepas kami berangkat ke HCM City atau nama lamanya Saigon, selama 3 hari 4 malam kami di sana. Perasaan teruja sememangnya ada bila mahu berangkat ke negeri orang, ada juga rasa takut dan risau… bimbangkan nasib kami di sana. Penerbangan kami, AirAsia dari LCCT agak lewat… jam 8.30 malam baru kami meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lebih 2 jam sudahpun sampai ke bumi Vietkong. Sesampai di Tan Son Nhat International Airport, kami dijamu dengan pemandangan yang agak menarik dengan susana airport yang luas dan bersih. Namun kegembiraan itu diganggu dengan layanan pihak imegresen yang agak kurang mesra. Selesai di scan seluruh tubuh dan bagasi, kami bergerak keluar… penuh manusia bersama sign hotel beratur di sana, kami bergerak ke tempat teksi. Di tempat teksi ada seorang lelaki yang datang berinteraksi menanyakan lokasi hotel kami, setelah diberitahu… dia meletakkan harga sebanyak 700,000 Vietnam Dong (VND). Sesungguhnya sangat mahal, nasib kami baik kerana salah seorang dari kami ada bertanya sebelum berangkat dan dikatakan harga sebenar hanya VND250,00 sahaja maksimum. Aku berkeras tidak mahu melanggan teksi tersebut dengan pelbagai alasan dan menunjukkan muka seolah biasa dengan HCM. Tiba-tiba lelaki tersebut menurunkan kadar tambang secara drastik dari 700,000 ke 500,000… seterusnya 400,000 dan 300,000 sehinggalah dia mengalah dan menawarkan kami 250,000. Tapi kami memberi syarat untuk menggunakan meter, syukur Alhamdulillah hanya 200,000 VND sahaja yang dikenakan mengikut meter.

Check in di Hotel yang sudah kami tempah di agoda.com, thanks encik agoda >> Ellyse Hotel, Ly Tu Trong Rd. Hotel bajet, biasa la… kami dapat bilik paling atas, naik lif sekerat jalan je, lepas tu naik tangga pulak, ok la dah murah. Bilik agak selesa dan complete. Kebetulan masa nak check in tu ada satu family melayu tengah deal pakej jalan2 dengan sorang mamat vietnam kat lobi, jadi kami pun pakat nak join sekali family tu dah dia pun 3 org je. So nak penuhkan kuota kami berlima join la sekali, seorang keluar 100,000 VND untuk sehari trip, kalau 2 hari kena 150,000 VND sekepala termasuk makan minum (ini ikut pembahagian kami ye, lagi ramai lagi  murah). Mamat vietnam tu rupanya melayu cham, fasih cakap melayu… nama dia Effendi, ada meniaga barang2 serbaneka sebelah Restoran 1Malaysia (jap lagi kita cite). Dah deal semua, kami naik bersihkan badan dan salin pakaian… Kami turun bawah nak cari makan malam, so gi jalan2 dekat area pasar Ben Than. Ben Than tutup ye malam hari, so kami gi pusing2 sekitar je lah. Dekat area ni banyak betul restoran ala2 Malaysia, ada Restoran 1Malaysia dekat sini jual masakan panas (bagi aku makanan kat sini biasa2 je) heheh, mahal jugak harga dia. Lepas makan kami gi dekat lagi dengan pasar tu, ada pasar malam, panjang berderet2 jual macam2.. ada luggage, beg, makanan, buah2, kraftangan, baju, bundle, kasut n macam2 lah. Buah kat sini memng sgt banyak n murah. dah tu kami balik hotel, nak tido… esok kna bangun pagi sebab nk join trip si Effendi tu.

Keesokan harinya, kami bangun awal sebab sini siang dia cepat dari kita.. jam pukul 6.30 tapi bising gila kat bawah dengan bunyi hon semua macam lah. So siap2 turun bawah nak tunggu Effendi datang amik kami dengan van katanya. Jam 8.30 baru kami gerak (tempat2 yang akan dilawati utk hari pertama: Delta Mekong dan Kampung Melayu Vietnam). Mula2 dia bawa kami gi sarapan dulu, jalan dekat HCM ni nice je, tepi2 ada bangunan yang ala2 masing2 buat, customize je tiap2 satu, warna warni lak tu. Sekali tengok macam dekat China, tapi xde la senibina China sgt kat sini. Sarapan kami nasi (portion kecil) degan telor mata, sup kosong, dengan kepingan daging bakar (sedap jugak). So dah makan kami gerak ke Delta Sungai Mekong (femes sungai ni dekat sana), jauh jugak nak sampai ke sana: lalu highway… dapat la tengok2 kampung n sawah bendang dorang. Dah sampai sana kami pun terus la ke jeti bot dan naik bot, dekat jeti tu banyak jual barang2 kraftangan (macam2 adoooo), tapi mahal sikit banding dekat bandar. Naik bot gi seberang, luas jugak sungai dia… dekat seberang ada ladang lebah (so try la madu n produk kesihatan kat situ), lepas tu jalan kaki ikut denai2 ke ladang buah ciku, sepanjang denai tu tengok la kehijauan kampung dengan ayam itik berkeliaran. Jalan2 lagi ada pasar kecik, jual produk kraftangan jugak, banyak beg kat sini, ynag terakhir ada kilang gula2 kelapa (boleh tengok dorang buat gula2 dari kelapa step by step). Hujung perjalanan kami jumpa satu jeti kecil, kat sini  banyak sampan dengan makcik2 yang dayung sampan tu. Kami naik sampan tu untukl gi ke jeti madu tadi, panjang jugak anak sungai tu (memang scary gak la sebab selisih dgn bnyak sampan lain n bnyak pokok kiambang yang halang jalan) tapi fun la. Sampai ke jeti utama kami naik van untuk makan tengahari dekat kedai muslim yang termasuk dlm pakej (sebenarnya jam dah pukul 4, lapar gila masa tu). Kedai tu sebelah masjid, so mmg xwas2 la nak makan, hidangan dia meriah la jugak sebab ada ikan kaloi goreng garing, sup ayam, sayur2 mentah (ulam kot), sayur masak, dan sos. Dah nak habis makan tiba2 kawan aku terangkat kaki ayam siap ada kuku lagi dari sup tu, ya Allah terus hilang selera… hahahah. Redha je lah, kami gi solat Jamak Ta’khir kat situ n terus balik ke HCM semula.

Kami sampai ke HCM dah petang, matahari dah sunset (memang berkilau2 menara HCM tu). Kami singgah di Kampung Melayu dekat HCM ni a.k.a rumah si Effendi tu lah. Dekat rumah pun dia meniaga jugak, baju jubah perempuan dan lelaki, telekong dan kain2 pasang dan kopi istimewa Vietnam (memang sedap kopi ni-ada jual kat mana2 sekitar bandar HCM ni), mahal jugak kopi ni, sekotak lebih kurang RM30.00. Family Effendi buatkan kami kopi sorang segelas, buat hilang dahaga n kembalikan tenaga, heheheh. Lepas maghrib kami gerak balik ke hotel kami untuk berehat sebentar. Selesai berehat kami turun jalan2 dekat area pasar Ben Thant tu, berhadapan dengan Restoran 1Malaysia ada satu warung akak bertudung (muka macam melayu mix cina, lawa jugak) jual mee sup vietnam. Sekali cuba bihun sup dia mmg terangkat, sedap jugak walaupun lain dari mee sup kat Malaysia ni. Sup kat sana putih jernih macam air kosong, sayur dia segar lagi campak2 terus masuk dlm mangkuk, tambah isi ayam n daging (nak pedas kena tambah sambal dia). Perut dah kenyang kami balik tido, esok nak gi berburu ke Ben Than Market.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s