Jalan-jalan & shopping di Ho Chi Minh City, Vietnam #Day 2 & 3

Salamz semua, hari kedua di Ho Chi Minh memang bnyak jugak benda kami buat. Kali ni kami pecah dua group, dua org dari kami ikut Effendi pegi sekitar bandar HCM. Diorang gi Pejabat Pos lama HCM, Gereja bersejarah, terowong tentera masa perang Vietnam dulu, & Russian Market. Kami bertiga pulak pegi jalan2 sendiri, kemana je pun! Ke Pasar Ben Than tu je… Hahaha. Kawan aku sorang ni mmg datang HCM nak borong kain sebab nak balik jual ke office matte dia, aduhai mmg sakan la dia keliling Ben Than tu nak cari mana kedai yang boleh bagi harga paling murah kedia. Lama jugak la pusing2 dalam pasar tu. Dah penat pusing2 kami singgah kedai mamak, itu je lah yang ada. Makan nasi kari2 semua untuk 3 orang, memang mahal.

Kami sambung lagi jalan2, nak cari barang sukan pulak (katanya kat sini barang sukan murah). Cari punya cari, xde pun yg murah.. Harga lebih kurang je, dah la jalan kaki (penat doh), stop dekat tengah2 roundbout besar macam taman dah diorang buat ada tempat berehat & dataran. Dekat HCM banyak taman2 rekreasi, masyarakat dorang suka keluar beramai2 untuk bersenam (bagus gak la budaya dorang). Dah letih berehat kami jalan balik ke hotel. Malamnya keluar lagi cari bihun sup akak tu, hmmm segar rasanya. Geng dua org lagi tu malam baru sampai balik hotel, katanya seronok… Hmmm melepas lah nk tengok tempat2 sejarah!

Hari ketiga dah hari last, flight balik KL petang so pagi ni sempat lagi la gi pasar Ben Than buat kali terakhir. Gi pusing2 cari apa2 yng boleh wat balik ke family n kawan2. Peniaga kat sana memang pandai, diorang panggil org Malaysia abang, lalu je depan diorang mesti mendayu2 panggil abang! Abang! Adoi… Bingit jugak, hahahha. Besar pasar ni, dia bahagi by section ikut barangan, Bahagian makanan mmg kami xmasuk la sebab xrasa nak makan kat situ. Dah puas pusing2 kami gi belah belakang, bahagian jual buah2.. Ada satu kedai pak cik ni jual mangga besar2 lah, so aku tanya la “how much this, do you have yellow one?” Sekali dia marah & maki2 kami. Alamak apa aku cakap? Kami lari dari dia & nampak makcik jual mangga kuning dengan basikal, kami terus beli, xtengok dah pakcik tu, heheh.

Lepas check-out kami terus ke airport, masa tu macam pukul 3 ptg (waktu Malaysia). Airport dia agak bosan, xtau nak buat apa sambil tunggu flight kami, tunggu2 sampai la kaunter buka pukul 7 ptg. Masa check-in tu Kawan aku ni dah risau sebab dia bawak beg besar, risau xlepas kastam. Dekat kaunter lepas, bila beg dia berjalan masuk ke bilik kastam tiba2 sorang mamat keluar n panggil nama kawan aku tu, dia mintak passport lepas tu tulis sesuatu dekat kertas kecik n selit dekat passport. Cuak gila masa tu ingat xleh balik dah, kawan aku kelam kabut datang dekat kami gtau mamat kastam tu tulis 150 dekat kertas tu. Mula2 mmg bengang lah sebab mmg kena lah kami kalini, so kami pakat nk bincang dulu. Last2 mamat tu mintak 100, dia nak jugak duit haram tu… Dari berpanjangan n ingat ni bkannya tempat kita, kawan aku bagi jugak 100, nasib baik la dia ada lagi duit cash masa tu, dari lambat n terlepas flight dia bayar jugak… Agak2 kalau xbagi duit tu apa jadi ye? Kami selamat naik flight balik ke LCCT dan dengan bangganya berjanji xnak gi dah HCM… Hahaha. Tapi ni semua pendapat peribadi dan perkongsian pengalaman kami sahaja, silalah ke sana. Asalkan berhati2 dan sentiasa beringat dengan apa jua keadaan. Sebenarnya kemana pun kita pergi sama sahaja, yang penting kita mesti bijak dan tahu menyesuaikan diri. Jangan sesekali menunjuk2 dan buat2 yang kita tidak tahu, ini memudahkan kita ditipu/ dibuli sebab kebanyakan masyarakat luar menganggap org kita kaya2 dan mudah mengikut arahan dorang. Itu sahajalah perkongsian dari kami ūüôā

Advertisements

Merasa bayu pantai di Bachok, Kelantan

2Assalamualikum, kembali buat pembaca dan pengikut semua, sudah lama rasanya tidak menulis di blog ini… bukan xminat menulis namun kesempatan waktu yang kurang ada. Sudah hampir sedekad berkelana di kota Kuala Lumpur, akhirnya balik juga ke bumi Kelantan untuk berbakti kepada anak bangsa sendiri. Bukannya lama kalau sedekad, hanya sepuluh tahun… orang lain lagi lama sebenarnya, lagi berpengalaman kalau dibanding aku yang hanya biasa2 saja. Sekali terasa sayang juga meninggalkan KL, kota segala ada, semua fasiliti tersedia, nak shopping, makan, jalan2, semua mudah: bak kata orang bandar besar. Tapi terpaksa ditinggalkan juga, sementelah balik ke negeri sendiri mestilah direlakan jua. Di sini walau agak berbeza dari KL tetap juga bumi Malaysia cuma tidaklah selengkap di sana. Aku bertugas sebagai pendidik di Bachok, Kelantan sama juga tugas aku di KL dulu. Walau balik aku ke negeri sendiri tapi jauh juga dgn ibu ayah, tidaklah boleh berulang alik.. tetap rasa berjauhan.

Melangkah kaki ke sini, lebih tepatnya ke sebuah institusi pendidikan yang lebih besar dari apa yang aku berkhidmat sebelum ni memanglah satu kejutan sebab semuanya lebih kompleks, semuanya wah… hahaha. Kembali ke sini bukan bermakna tugas makin kurang tapi boleh jadi makin besar, lebih berdikari.. semuanya kena buat sendiri, masing2 buat kerja sendiri tapi hasilnya adalah misi yang sama. Ada yang prepare bahan mengajar, ada yang siapkan paper untuk di publish, ada yang siap sedia nak buat conference, ada pulak yang ready nak gi sambung PhD. Aku pening jugak tengok kelam kabutnya mereka memohon geran dan siapkan kajian. Terasa diri ini ketinggalan jauh… terlalu jauh dengan mereka semau… hahah, PhD tu aku x fikir lagi tapi rasa penting bila di sini.

Siangnya sibuk dengan hiruk pikuk kampung malamnya pula sunyi dengan nyanyian cengkerik… macaman ye? kat sini kebanyakannya petani dan nelayan. Jadi di pekan-pekan mereka tidak banyak kedai2 komersial malah pasar hasil tani dan ikan yang menjadi tumpuan utama. Terasa suasana kampung disini, sepanjang jalan ke rumah banyak orang menanam ubi keledek dan jagung (terasa nak kutip pucuknya di cecah budu) heheh. Namun warung makanannya banyak berderet2 menjual nasi berlauk, sarapan popular masyarakat Kelantan. Harganya murah pula, terkejut kawan aku (budak Pahang) bila hanya perlu bayar dua ringgit setengah¬†untuk nasi berlauk kerutuk ayamnya dan seringgit untuk air teh O beng. Semua kedai sama, murah dan sedap juga rasanya. Aku berfikir, bolehla berjimat cermat lepas ni (hahaha, boleh ke?). Masyarakat di sini mesra, lembut dan masih berbudaya desa, rata-rata orangnya malu dan selesa dengan apa yang mereka ada. Kesederhanaan ada disini, malah lebih mendalam ia meresap ke setiap masyarakat dengan jelas apabila segala hal keduniaan tidak menjadi keutamaan mereka.

Jalan-jalan & shopping di Ho Chi Minh City, Vietnam #Day 1

Salam kepada semua pembaca, di sini ada sedikit perkonsian pasal percutian kami ke Vietnam. Kami berjalan-jalan dan berbelanja di sekitar bandar Ho Chi Minh City. Baru seminggu yang lepas kami berangkat ke HCM City atau nama lamanya Saigon, selama 3 hari 4 malam kami di sana. Perasaan teruja sememangnya ada bila mahu berangkat ke negeri orang, ada juga rasa takut dan risau… bimbangkan nasib kami di sana. Penerbangan kami, AirAsia dari LCCT agak lewat… jam 8.30 malam baru kami meninggalkan Kuala Lumpur dan tidak lebih 2 jam sudahpun sampai ke bumi Vietkong. Sesampai di¬†Tan Son Nhat¬†International¬†Airport, kami dijamu dengan pemandangan yang agak menarik dengan susana airport yang luas dan bersih. Namun kegembiraan itu diganggu dengan layanan pihak imegresen yang agak kurang mesra. Selesai di scan seluruh tubuh dan bagasi, kami bergerak keluar… penuh manusia bersama sign hotel beratur di sana, kami bergerak ke tempat teksi. Di tempat teksi ada seorang lelaki yang datang berinteraksi menanyakan lokasi hotel kami, setelah diberitahu… dia meletakkan harga sebanyak 700,000 Vietnam Dong (VND). Sesungguhnya sangat mahal, nasib kami baik kerana salah seorang dari kami ada bertanya sebelum berangkat dan dikatakan harga sebenar hanya VND250,00 sahaja maksimum. Aku berkeras tidak mahu melanggan teksi tersebut dengan pelbagai alasan dan menunjukkan muka seolah biasa dengan HCM. Tiba-tiba lelaki tersebut menurunkan kadar tambang secara drastik dari 700,000 ke 500,000… seterusnya 400,000 dan 300,000 sehinggalah dia mengalah dan menawarkan kami 250,000. Tapi kami memberi syarat untuk menggunakan meter, syukur Alhamdulillah hanya 200,000 VND sahaja yang dikenakan mengikut meter.

Check in di Hotel yang sudah kami tempah di agoda.com, thanks encik agoda >> Ellyse Hotel, Ly Tu Trong Rd. Hotel bajet, biasa la… kami dapat bilik paling atas, naik lif sekerat jalan je, lepas tu naik tangga pulak, ok la dah murah. Bilik agak selesa dan complete. Kebetulan masa nak check in tu ada satu family melayu tengah deal pakej jalan2 dengan sorang mamat vietnam kat lobi, jadi kami pun pakat nak join sekali family tu dah dia pun 3 org je. So nak penuhkan kuota kami berlima join la sekali, seorang keluar 100,000 VND untuk sehari trip, kalau 2 hari kena 150,000 VND sekepala termasuk makan minum (ini ikut pembahagian kami ye, lagi ramai lagi ¬†murah). Mamat vietnam tu rupanya melayu cham, fasih cakap melayu… nama dia Effendi, ada meniaga barang2 serbaneka sebelah Restoran 1Malaysia (jap lagi kita cite). Dah deal semua, kami naik bersihkan badan dan salin pakaian… Kami turun bawah nak cari makan malam, so gi jalan2 dekat area pasar Ben Than. Ben Than tutup ye malam hari, so kami gi pusing2 sekitar je lah. Dekat area ni banyak betul restoran ala2 Malaysia, ada Restoran 1Malaysia dekat sini jual masakan panas (bagi aku makanan kat sini biasa2 je) heheh, mahal jugak harga dia. Lepas makan kami gi dekat lagi dengan pasar tu, ada pasar malam, panjang berderet2 jual macam2.. ada luggage, beg, makanan, buah2, kraftangan, baju, bundle, kasut n macam2 lah. Buah kat sini memng sgt banyak n murah. dah tu kami balik hotel, nak tido… esok kna bangun pagi sebab nk join trip si Effendi tu.

Keesokan harinya, kami bangun awal sebab sini siang dia cepat dari kita.. jam pukul 6.30 tapi bising gila kat bawah dengan bunyi hon semua macam lah. So siap2 turun bawah nak tunggu Effendi datang amik kami dengan van katanya. Jam 8.30 baru kami gerak (tempat2 yang akan dilawati utk hari pertama: Delta Mekong dan Kampung Melayu Vietnam). Mula2 dia bawa kami gi sarapan dulu, jalan dekat HCM ni nice je, tepi2 ada bangunan yang ala2 masing2 buat, customize je tiap2 satu, warna warni lak tu. Sekali tengok macam dekat China, tapi xde la senibina China sgt kat sini. Sarapan kami nasi (portion kecil) degan telor mata, sup kosong, dengan kepingan daging bakar (sedap jugak). So dah makan kami gerak ke Delta Sungai Mekong (femes sungai ni dekat sana), jauh jugak nak sampai ke sana: lalu highway… dapat la tengok2 kampung n sawah bendang dorang. Dah sampai sana kami pun terus la ke jeti bot dan naik bot, dekat jeti tu banyak jual barang2 kraftangan (macam2 adoooo), tapi mahal sikit banding dekat bandar. Naik bot gi seberang, luas jugak sungai dia… dekat seberang ada ladang lebah (so try la madu n produk kesihatan kat situ), lepas tu jalan kaki ikut denai2 ke ladang buah ciku, sepanjang denai tu tengok la kehijauan kampung dengan ayam itik berkeliaran. Jalan2 lagi ada pasar kecik, jual produk kraftangan jugak, banyak beg kat sini, ynag terakhir ada kilang gula2 kelapa (boleh tengok dorang buat gula2 dari kelapa step by step). Hujung perjalanan kami jumpa satu jeti kecil, kat sini ¬†banyak sampan dengan makcik2 yang dayung sampan tu. Kami naik sampan tu untukl gi ke jeti madu tadi, panjang jugak anak sungai tu (memang scary gak la sebab selisih dgn bnyak sampan lain n bnyak pokok kiambang yang halang jalan) tapi fun la. Sampai ke jeti utama kami naik van untuk makan tengahari dekat kedai muslim yang termasuk dlm pakej (sebenarnya jam dah pukul 4, lapar gila masa tu). Kedai tu sebelah masjid, so mmg xwas2 la nak makan, hidangan dia meriah la jugak sebab ada ikan kaloi goreng garing, sup ayam, sayur2 mentah (ulam kot), sayur masak, dan sos. Dah nak habis makan tiba2 kawan aku terangkat kaki ayam siap ada kuku lagi dari sup tu, ya Allah terus hilang selera… hahahah. Redha je lah, kami gi solat Jamak Ta’khir kat situ n terus balik ke HCM semula.

Kami sampai ke HCM dah petang, matahari dah sunset (memang berkilau2 menara HCM tu). Kami singgah di Kampung Melayu dekat HCM ni a.k.a rumah si Effendi tu lah. Dekat rumah pun dia meniaga jugak, baju jubah perempuan dan lelaki, telekong dan kain2 pasang dan kopi istimewa Vietnam (memang sedap kopi ni-ada jual kat mana2 sekitar bandar HCM ni), mahal jugak kopi ni, sekotak lebih kurang RM30.00. Family Effendi buatkan kami kopi sorang segelas, buat hilang dahaga n kembalikan tenaga, heheheh. Lepas maghrib kami gerak balik ke hotel kami untuk berehat sebentar. Selesai berehat kami turun jalan2 dekat area pasar Ben Thant tu, berhadapan dengan Restoran 1Malaysia ada satu warung akak bertudung (muka macam melayu mix cina, lawa jugak) jual mee sup vietnam. Sekali cuba bihun sup dia mmg terangkat, sedap jugak walaupun lain dari mee sup kat Malaysia ni. Sup kat sana putih jernih macam air kosong, sayur dia segar lagi campak2 terus masuk dlm mangkuk, tambah isi ayam n daging (nak pedas kena tambah sambal dia). Perut dah kenyang kami balik tido, esok nak gi berburu ke Ben Than Market.

 

Bila sudah lama tidak menulis…

Salam kepada semua pembaca, terasa sudah lama tidak menulis di ruangan sempit ini. Tuntutan kerja di pejabat yang semakin hari semakin membanyak ditambah pula dengan tugasan pengajian di UiTM seolah-olah tidak mengizinkan untuk lebih bersosial. Masa berlalu pantas tanpa ada belas untuk menunggu kita, ia terus melaju dan bergerak. Hari ini sudah pun menganjak ke lebih separuh Januari 2014. Setahun bukanlah satu tempoh masa yang panjang, sekadar beberapa kali kelipan mata sudah memadai untuk berganjak ke tahun yang baru. Azam yang terlaksana disambut dengan azam yang baru, namun azam yang belu terlaksana masih bisa diteruskan untuk tempoh masa setahun lagi. Begitulah manusia, memiliki sejuta impian bersama secebis usaha. Semoga Allah merahmati kita, InsyaAllah.

Ucapan Berbuka Puasa ***Kontroversi!

Belum pun seminggu ummat Islam berpuasa, kita sudah dikejutkan oleh sebuah ucapan berbuka puasa (grafik) yang sangat kontroversi. Ucapan yang dihasilkan oleh seorang remaja cina dan pasangannya yang agak terkenal melalui beberapa kes ketelanjuran video-video luc** mereka. Kedua-dua mereka adalah graduan lepasan sebuah universiti di Singapura. Dari mata kasar, ucapan tersebut tiada apa yang pelik… cuma apa yang ditulis sahaja sudah menghina Islam dengan menulis “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak, menyelerakan!)” Pada masa yang sama, mereka sepatutnya faham akan larangan Islam terhadap Babi, memandangkan mereka dilahirkan dan membesar di sebuah negara Islam, Malaysia. Lebih parah apabila mereka meletakkan logo Halal JAKIM pada ucapan mereka tersebut.

Image

Apa-apapun, ummat Islam seharusnya lebih sensitif di atas kecenderungan orang bukan Islam yang sentiasa mencari jalan menghina Islam dengan pelbagai cara. Walau apapun tindakan yang diambil, ia mestilah menjadi contoh dan teladan kepada yang lain supaya ia tidak berulang dan bukannya sekadar melepaskan batuh di tangga.

Walaupun begitu, sikap ummat Islam di Malaysia hari ini juga perlu dikemaskini, marilah kita sama-sama menjadi ummat yang menuruti jalan Allah dengan sepenuhnya. Ini sekurang-kurangnya dapatlah menjawab persoalan kenapa golongan ini cenderung buat begitu??? Cuba slidik dri kita… adakah slama ini kita terlalu belembut dengan kata lain tidak pernah menghalang mereka berbuat perkara yg mereka suka (berjudi, clubbing, arak, parti, dan lain-lain) dan sangat hormati perkara-perkara yang terkait ibunda (bahasa, sekolah, makanan, gaya hidup, dan lain-lain) mereka. Atau kita belum lagi menjadi seorang Muslim yang sebenar keseluruhannya? Cuba bayangkan, di dalam ayah2 dan abang2 bersolat terawikh, masih ada anak-anak dan adik-adik kita yang berpeleseran dan tidak tentu arah tujuan di jalanan ataupun di depan kaca TV. Dimana silap kita…

sekadar pandangan, mohon ditunjuk jika tersilap. Wallahua’lam.

Cahaya Ramadhan Kembali Menyinar !

Salam Alaikum, syukur Alhamdulillah kita kepada Allah SWT kerana sekali lagi berpeluang untuk bertemu dengan penghulu segala bulan, Ramadhan Kareem. Tiada bulan seindah Ramadhan, suatu bulan yang dijanjikan seribu ganjaran buat hamba-hambaNya yang menginginkannya. Hamba Allah di bumi dibahagi dua secara kasarnya iaitu hamba yang benar-benar mengharapkan ampunan dan redhaNya manakala satu golongan lagi ialah hamba yang tidak mengendahkan apalagi merasa gembira dengan tawaran Allah ini. Semasa yang lain sibuk mengerjakan ibdah tambahan dan memantapkan amalan dengan bertarawih di setiap malam, bertadarus al-Quran, bangun di 1/3 malam mengerjakan solat sunat, bersedekah, berpada-pada bila berbuka puasa, dan lain-lainnya… mereka pula sibuk dengan urusan harian dan pekerjaan dunia mereka yang tidak pernah kunjung tiba akan habisnya.