Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.3)

Berjumpa lagi, untuk hari yang seterusnya (hari ke-3) kami di Negeri Sabah. Hari ini ada sedikit masalah yang kami hadapi, entah kenapa semua kami senak perut… x pasti sama ada tersilap makan atau tersedut udara kotor, hahahah. Lepas seorang, seorang yang tumbang dan tak larat nak berjalan-jalan dah. Tetapi dah mengenangkan kami dah berada sejauh ini, maka kami teruskan juga aktiviti. Jam dah pukul 11.00 pagi, so mula-mula kami ke pekan Ranau, mencari kedai makan (dah time lunch)… Siap je makan, kami bergerak ke “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru (15KM dari pekan Ranau). Kat sini adalah pusat rekreasi ikan kelah, pelancong boleh masuk ke sungai bermain-main dengan ikan kelah yang sangat banyak sambil memberi makan kepadanya. Memang mengasyikkan, hampir 30 minit kami bersama ikan2 tu.

Ikan Kelah (Kelah Fish)🙂

Kami… :p

Bersebelahan dengan kawasan rekreasi kelah tadi ialah perkebunan teh (teh sabah) yang sangat popular di Jom Heboh TV3 tu, memang nyaman di kebun tersebut, udara yang dingin dan saujana mata memandang. Agak luas kawasannya walaupun tidak seluas dan senyaman di Cameron Highland, Pahang. untuk ke puncak perkebunan ini, anda perlu mendaki jalan berbukit tanpa turap (pacuan 4 roda sangat sesuai) dan di puncak terdapat sebuah kilang dan sebuah gedung yang mengandungi kedai cenderahati, kedai istemewa Teh Sabah sama ada yang belum dibancuh atau telah dibancuh dan beberapa ruang rehat.

Selanjutnya, kami bergerak pula ke Poring Hot Spring, di kaki Gunung Kinabalu. Di sini ada kolam air panas, kanopi walkaway (157.8 meter panjang & 41 meter tinggi), taman rama2, Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan. Kolam air panas di sini sangat teratur dan di kelaskan kepada beberapa bahagian, ada kolam untuk mandi beramai2, ada juga kolah yang dibuat untuk individu, dan ada yang dibina secara tertutup. Namun kami hanya sempat melawat kolam air panas sahaja kerana kesuntukan masa dan keadaan langit yang ingin untuk menurunkan hujan.

Keindahan alam semulajadi

hanya papan penunjuk arah, lokasinya ndak sempat bah…

Hujan turun selebatnya di Ranau, membuat suasana menjadi gelap dan dingin sekali. Sedikit kekecewaan yang kami rasakan kerana waktu kami di Sabah sangatlah singkat sehingga tidak sempat untuk ke Gunung Kinabalu, mercu tanda kebanggaan Sabah. Namun sempat juga kami singgah di Kinabalu Pine Resort, dapat juga la kami melihat Gunung Kinabalu dari kejauhan. Kinabalu Pine Resort sememangnya indah dengan senibina Inggeris yang bergaya dan beraneka tumbuhan antaranya pokok ru yang besar2 dan bunga-bungaan berwarna-warni. Suhu yang sejuk menggalakkan tumbuh-tumbuhan untuk menghijau di sini. Kami meninggalkan Ranau dan bergerak ke Kota Kinabalu, ibu kota bagi negeri Sabah. Di pertengahan jalan, seorang daripada kami tidak dapat menahan lagi kekeracunan makanan di dalam dirinya apabila dia lesu dan tidak mampu berbuat apa2 dan memuntahkan segala isi perutnya. Masih lagi kuingat kekecohan di dalam kereta, sememangnya semua terkejut lalu mencari tempat untuk berhenti… hahahah :-)) Malangnya, di Sabah tersangatlah banyaknya anjing… di mana-mana pun ada anjing, sampai kawan aku ni takut nak turun dari kereta, hahahahha!

Kami, udah petang singgah disini, jam hampir pukul 6.00 ptg

Sampai je di Tuaran kami singgah di Unit Kecemasan, Hospital Tuaran dan kawan kami ni kena tahan untuk dimasukkan 1 pine air, walaweh kena tunggu sejam… Di perjalanan kami hanya mampu melihat papan tanda ke Jambatan Tamparuli dan simpang ke Kota Belud, walaupun tempat2 itu termasuk di dalam senarai kami. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan… InsyaAllah ada masa aku datang lagi Sabah bah, mau pergi tamu di Kota Belud dan tanjung Simpang Mengayau di Kudat. Sampai di hotel dah pukul 12.30 tgh malam, aku tapaukan nasi goreng kampung untuk semua tapi aku sorang2 je makan… yang lain dah x lalu nak telan makanan & terus tido je. Masa beli nasi tadi, baru aku tahu orang Sabah panggil Telur Mata Kerbau tu ialah Telur Mata Lembu… heheheh, xtau plak jadi lembu. Berakhirlah perjalanan kami untuk hari yang ke-3, insyaAllah sambungannya (hari ke-4) akan menyusul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s