Mandi-manda di Sunway Lagoon

Tak diduga, hari minggu lepas lepas aku ke Sunway Lagoon (menghabiskan hari Ahad yang free disana) hehehhe🙂 Kisahnya ade kawan aku ni la yang nak sangat masuk Sunway Lagoon, aku pun belum pernah pegi sana lagi… Jam 11.00 pagi kami sampai sana, agak ramai juga pengunjung masa tu terutamanya orang asing dari Arab, Indonesia dan lain2. Melangkahkan kaki ke dalam Water Theme Park tersohor di KL tu, kami tidaklah terlalu teruja memandangkan kami hanya mengambil pakej 3 park sahaja, dengan harga tiket yang agak lumayan tapi dapat refund RM10.00 selepas keluar.

Sebelum ke Water Park, kami singgah dulu di Wild Park tempat binatang2 seperti rama2, burung2 dan bnyak lagi. Suasana di dalam Wild Park tidak jauh beza dengan Taman Burung Kuala Lumpur, burung2 dan pengunjung bebas bergerak di bawah jaring yang besar. Melangkah ke Water Park, suasana sagat meriah… kawasan yang disediakan juga luas dan banyak pilihan, ada longkang besar mengelilingi park seperti juga di Taman Tema Carnivall di Sungai Petani. Ada dua kawasan yang digambarkan seperti pantai dengan ombak buatan yang hebat & cool, cuma airnya tidak masin… satunya sebuah kolam mengadap pentas persembahan dan sebuah lagi direka bersama pasir2 yang sebenar. Terdapat juga beberapa buah gelongsor yang hebat. Pelampung perlu sewa tapi dapat refund separuh harga bila pulang balik.

Seharian kami berenang-renang di Sunway Lagoon, jam 5.30 petang barulah kami berangkat untuk balik… Sememangnya menarik dan menyeronokkan walaupun agak memenatkan. Mahu tidaknya berjemur di tengah panas sehari suntuk, rambut jadi kusut dan keras… hahahah😦 dah balik rumah memang ngantuk giler. Overall okay la, memang menarik dan serba indah. Fasiliti lengkap beserta kebersihan yang terjaga.

Sedikit pesanan untuk kita orang Islam, jagalah perilaku bila kita di mana-mana pun. Pakailah pakaian yang menutup aurat dan sesuai bagi perempuan mahupun lelaki. Jaga adat susila dan pelakuan jika ke sana dengan pasangan yang belum berkahwin, janganlah sebebasnya bersentuhan hanya dengan alasan tiada siapa yang tahu. ingatlah bahawa Allah tetap mengetahui apa yang dikerjakan. Seperkara lagi jangan lupa untuk bersolat apabila masuk waktunya, cubalah sedaya upaya untuk melaksanakan tiang agama itu. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s