Jalan-jalan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu (Bhg.4>>Last)

Hari terakhir untuk trip ke Sabah, hari ke-4 kami hanya berlegar di Bandaraya Kota Kinabalu @ Jeselton. Memulakan hari ini kami berjalan-jalan di sepanjang jalan besar (Jln. Tun Razak) di tengah bandar KK, disini terletak kompleks Mahkamah, Pejabat Pos Besar dan sebuah taman yang adanya tugu peringatan. Di sebalik bangunan Pos Malaysia, kami terlihat Pasar Kota Kinabalu, jadi kami memutuskan untuk bersarapan di situ sahaja. Pasar KK agak besar dan lebar, pelbagai barangan ada disini… seperti juga pasar2 lain di Malaysia ni. Kami segera ke tingkat atas untuk mencari makanan. Ternyata makanan di sini sangat dipengaruhi makanan Indonesia. Bakso, soto, lontong dan lain-lain sangat mudah ditemukan. Selesai makan kami bergerak ke Pasar Filipina yang sangat terkenal di Sabah. Di sini sememangnya dikhaskan untuk menjual barangan cenderamata dari Sabah… Banyak juga yang kami beli, buat buah tangan keluarga di semenanjung. Antara yang menarik perhatian kami selain key chain, t-shirt dan barangan mutiara terdapat juga kain batik Borneo yang bermotif “Pua Kumbu”, sememangnya cantik. Makanan ringan seperti keropok keping dari ubi, ikan masin dan hasil laut yang lain juga ada dijual. Dek kerana terlalu asyik membeli belah, kami terlupa yang kami perlu check out dari hotel sebelum jam 2.00 petang. Kesannya, terpaksalah kami menambah kos penginapan separuh harga untuk sehari…😦

Penerbangan kami pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan pada jam 6.30 petang. Sempatlah kami meronda KK sebelum ke airport walaupun tidak menyeluruh, masih banyak tempat di KK perlu dilawat. Kami tidak melangkahkan kaki pun ke mall2 besar di KK kerana bagi kami mall bukan tujuan kami ke sana, masih banyak mall di KL yang belum pernah dijengah… heheheh🙂 Jam 5.30 petang, teman kami menawarkan diri untuk menghantar kami ke airport KK, jadi selamatlah duit teksi. Alhamdulillah, segalanya sudah selamat… Kami sampai di LCCT, Kuala Lumpur jam 8.30 mlm dan semuanya selesai apabila jam 11.00 mlm sudah sampai di rumah.

Antara yang dibeli…

Jln. Tun Razak, KK dan bangunan Centre Point

Tugu peringatan di Jln. Tugu, KK

Kesimpulannya, percutian di Sabah sememangnya menarik. Sabah ada segalanya, selamat melancong ke Sabah… sekadar untuk berkongsi dengan saudara saudari teman2 yang merancang untuk melancong/ bercuti keluar dari kota, kami telah menamatkan percutian di Sabah dengan hanya kurang dari RM500.00 seorang sahaja. Ia amat berbaloi dan tidak memerlukan ribuan ringgit (untuk yang bujang sahaja, yang berkeluarga mungkin lebih). Masih banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh kita teroka dengan kos yang rendah terutamanya di Borneo. Pelancongan domestik amat menarik dan sangat terjamin, tidak perlu risau tentang pasport ataupun kos tambahan untuk rakyat asing. InsyaAllah kami merancang ke Kuching pula, jika tiada aral… Jika Fizow Omar dan Karl Syafek dengan 3Hari 2Malam, kami plak dengan 4Hari 3Malam…🙂 semestinya lebih baik. Sampai disini sahaja untuk kali ini, ada masa bersua kembali, wallahua’lam… Wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s