Hari pemilihan wakil kita!

Sistem politik sesebuah Negara… adakah ia perlu dicampuri oleh setiap rakyatnya? Ataupun sekadar cukup untuk mengambil tahu setiap perkembangannya? Ataupun tidak perlu kacau langsung!!! Apakah hak rakyat sebenarnya? Kehangatan suasana pilihanraya umum, PRU 13 Malaysia baru baru ini masih lagi terasa walau sudah lebih seminggu berlalu. Apa yang ingin dibincangkan hari ini ialah sejauh mana tanggungjawab kita sebagai rakyat, dan adakah kita sudah melaksakan sepenuhnya tanggungjawab kita? Seusai pengumuman pembubaran parlimen semasa, seluruh Negara ibarat menerima pengisytiharan perang. Mana tidaknya apabila masing-masing mula mempersiap jentera dan memperkukuh pertahanan. Apa yang boleh dilihat di Malaysia, setiap parti diberi masa untuk menyempurnakan manifesto parti dan senarai calon di setiap kawasan (Negara & negeri) yang dipertandingkan. Langsung diadakan upacara penamaan calon sebelum proses berkempen dilaksanakan di segenap ceruk rantau, biar di kota mahupun di desa calon akan terjah bertemu rakyat… yang susah dibantu dan yang senang dibawa membantu. Proses berkempen tamat selepas lima belas hari berlalu bagi member laluan kepada agenda utama yang yang paling besar yakni hari mengundi.

Tiada yang salah di dalam perenggan di atas, semuanya betul apabila setiap proses disusun dengan cermat. Namun apakah isunya? Isunya di sini ialah ia dicemari dengan pencemaran etika semasa berkempen umpamanya penyokong dipukul, terlalu ekstrim, tidak mencerminkan masyarakat bertamadun, dan ada juga penyebaran fitnah yang jelas mengelirukan. Fitnah dilempar saban hari ibarat tidak ada salah ke atasnya lagi, tanpa menyelidik kesahihannya terus disebar dan dicanang di sana sini. Tidak cukup dengan fitnah salah guna kuasa, kes penipuan, amalan rasuah, pecah amanah, dan bekerja untuk kepentingan peribadi dan kroni… ada juga yang menghebahkan perkhabaran mengenai salah laku seks diluar pernikahan ataupun zina dikalangan calon-calon yang bertandingan. Lupakah kita zina itu merupakan dosa besar yang dimurka Allah, kenapa kita terlalu ringan meletakkan ia di dada-dada akhbar dan TV setiap hari seolah-olah ia perkara mainan. Logiknya siapa lagi yangmahu menyimpan aib sesuatu bangsa itu jika tidak bangsanya sendiri. Rakyat yang menjadi mangsa, keliru dan musykil siapakah yang benar. Bukankah elok kita berdiam diri dan berkempen dengan jujur dan tawaduk dengan setiap amanah Allah.

Tibanya hari mengundi, seluruh rakyat turun mengundi bagi memilih wakil mereka menyampaikan suara mereka ke peringkat tertinggi. Setiap pengundi mengharapkan calon yang dipilih menang besar dan memerintah mereka, sudah menjadi lumrah. Menjelang malam, setiapa nyawa yang memeganag IC Malaysia menahan telinga dan mata di corong-corong radio, TV, dan internet bagi mendapatkan maklumat keputusan pemilihan yang telah dibuat siangnya. Namun isu sekali lagi menjengah apabila sedikit demi sedikit pengumuman keputusan seperti disimpan dan ditahan. Puas menunggu berejam, barulah keluar satu keputusan untuk satu dua kerusi, amat tidak berbaloi. Rakyat seharusnya faham, proses pengiraan bukannya mudah, dan bilangannya bukanlah sepuluh dua tapi berjuta. Isunya ialah proses kiraan bermula sedari jam 5.30 petang tetapi sebahagian besar keputusan masih tidak keluar sehingga jam 10.30 malam, kira-kira lebih 50% belum diumum. Kenapa jadi begitu, satu lagi kemusykilan berlaku. Menganjak ke tengah malam, muncul pengerusi kerja-kerja pilihanraya mengumumkan jumlah keseluruhan tetapi masih ada beberapa kerusi yang masih belum boleh diumukan. Dan terbukti pihak yang harus menang mendapat majority mudah, rakyat diarah senyap dan menerima keputusan seadanya.

Kesimpulannya disini, sebagai rakyat mereka berhak memilih sesiapa sahaja berdasarkan perkiraan dan pertimbangan akal mereka. Itu adalah hak hakiki mereka dan tidak boleh disangkal lagi. Pihak yang yakin akan tewas harus menerima kenyataan dan tidak menyeleweng di dalam proses pilihanraya. Saya tidak menunding kepada mana-mana pihak tetapi ia agak jelas kelihatan apabila mula menyalahkan rakyat setelah kehilangan sebilangan besar kerusi yang dipertahankan sejak sekian lama. Macam-macam dihujah dengan kata-kata seperti rakyat tidak mengenang budi, rakyat tidak mahu mengekal keamanan, rakyat mahu mengulangi insiden 13 Mei 1969, dan banyak lagi. Walau apapun yang berlaku, kebenaran ada di sisi Allah swt, sejauh manapun kita berjalan dan selama manapun ia berlalu sehingga sebilangan besar daripada mereka sudah lupa akannya… kebenaran pasti akan muncul dan di situ baru semua tahu.

Apa yang ditulis adalah dari logik fikiran penulis sahaja. Jika terdapat salah dan silap di mana-mana mohon dimaafkan, Allah lebih mengetahui, InsyaAllah.

2 thoughts on “Hari pemilihan wakil kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s