Hidup Marathon!

Hidup ini bagiku adalah kurang lebih sebuah marathon yang tiada titik henti. Saban hari kita berlari, berlari dan terus berlari. Kenapa kita berlari? Adakah kita dikejar dan apakah sesuatu itu? Jawapan yang aku berikan ialah ya, kita sememangnya dikejar. Dikejar oleh segala sesuatu yang menghantui diri setiap insan di dunia ini. Tidak pernahkah kita terfikir kemanakah hala tuju atau titik henti kita, sedangkan itulah kewajipan kita sebagai mukmin… menyedari matlamat kita dalam memupuk keimanan di dada.

Masih lagi menjadi persoalan, kita dikejar oleh apa? Kita dikejar oleh masa sebetulnya. Masa sememangnya tidak pernah puas dari memberi tekanan kepada manusia… Namun itu bukan salah masa tetapi salah manusia itu sendiri. Hidup ini akan sentiasa dikejar… dikejar oleh tanggungjawab, dikejar oleh keterpaksaan yg mencengkam, dikejar oleh mereka yg terkait, dikejar oleh diri sendiri… bilakah hidup ini akan seselesa umat Muhammad yg dikasihiMu ya Rabb???

Yang pertama kita dikejar oleh tanggungjawab, ya setiap insan ada tanggungjawab… sesuatu yang harus dibuat atas dasar kita sebagai ibu, ayah, suami, anak, adik, abang, isteri dan segalanya, tidak boleh tidak kita perlu melaksanakannya sebaik-baiknya sesuai dengan tanggungjawab kita. Begitulah keadaanya, walau kita tiada masa yang cukup atau tiada kemampuan dari segi kemahiran ataupun tenaga, kita perlu juga laksanakan. Seterusnya kita dikejar oleh keterpaksaan… mengapa aku sebut keterpaksaan? Maksudnya ialah segala yang sesuatu yang kita laksanakan atas dasar terpaksa atau bukan atas keinginan kita sepenuhnya… ibarat pengorbanan ke atas sesuatu. Ia diibaratkan kita terpaksa membayar sewa rumah, membeli kelengkapan dapur, membelanjakan wang untuk keperluan harian, membayar hutang kereta, hutang gadgets, dan banyak lagi lah. Ya ada sesetengah orang mengatakan ia bukan terpaksa tapi ia perlu… tapi bagi aku, ia adalah keterpaksaan yang perlu.

Lagi ialah dikejar oleh manusia, kita tidak boleh tidak ingin membahagiakan orang-orang di sekitar kita. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sesuatu bagi menjamin senyuman terukir di wajah-wajah mereka. Namun kita tidak sedar berapa banyak masa dan wang yang telah kita gunakan untuk itu. Bukan  untuk mengungkit segala sesuatu yang telah dibuat dan tidak pula mahu aku digelar tidak ikhlas tetapi hanya mahu memuhasabah apa yang sudah berlaku. Seterusnya ialah diri kita sering bangat dikejar oleh diri sendiri, apa??? Ya nafsu kita. Kita dikejar oleh kehendak dan keinginan sendiri yang kadang-kadang tidak pernah puas dan kadang-kadang pula tidak pernah tertunai. Kekangan demi kekangan sering menghadkan kita.

Di dalam teori ini, senanglah bagi manusia yang berlari laju… tidaklah mereka Berjaya dikejar oleh masalah-masalah tadi. Tapi waspadalah bagi si pelari perlahan, seringkali dia dicuit dan disapa masalah dan disitu juga banyak yang terjatuh dan tertangkap lalu rebah dan tidak berjaya bangun lagi. Walaupun begitu, sedarlah juga selaju mana atau seperlahan manapun kita berlari kita tidak akan terlepas dari dihambat usia dan mati. Kelak kita akan tua dan mati jua, pergi menghadap Allah swt. Kesimpulannya, kembalilah ke jalan Allah… dekatkan diri denganNya, tadahlah tangan memohon kepadaNya, berserah kepadaNya dan hanya Dialah yang menentukan segalanya. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s