Nikmat Aman untuk Malaysia

Assalam’alaikum, menyebut tajuk di atas haruslah bagi kita dan seluruh umat manusia yang hidup di bumi Malaysia ini bersyukur dan berterima kasih kepadaNya dengan sebenar-benar kesyukuran. Dalam pada itu, sedarlah kita akan punca keamanan itu datangnya dri mana… bukan dari manusia ataupun juga kejayaan pemerintah semata2, malah dari Allah yang Maha Agung. Kita sebagai ummat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran suci ini perlu yakin dengan seyakinnya bahawa segala yang kita perolehi hari ini dan saat ini walau sekecil zarah adalah kurniaan Allah. Sedih bila mendengarkan ungkapan sebilangan ahli masyarakat kita yang beragama Islam melaungkan kata2 yang tidak sepatutnya diungkap oleh seorang yang beriman… adakah kita sedar bahawa manusia itu adalah hambaNya dan tidak mampu berbuat apa2 selain dari kurniaan, rahmat, dan limpah perkenan Allah SWT. Mana mungkin keamanan yang dikecapi oleh negara ini hari ini adalah hasil dari cerdik pandai pemerintah. Ya itu logik, tapi ia bukan sebab utama yang harus dipegang oleh orang yang beriman. Sebagai seorang yang biasa dikalangan yang biasa, aku menulis dengan cara biasa, melontar pandangan yang biasa. Wallahua’lam.

ImagePolitik Malaysia hari ini dilihat sedikit panas, apabila masing2 menunggu bilakan tibanya Pilihanraya Umum (PRU), hari untuk membuat pilihan akan tiba. Pihak pemerintah yang sudah lama memerintah dilihat yakin akan meneruskan kekuasaan untuk penggal yang seterusnya, ini kerana bnyak pembaharuan dibuat di samping kemajuan dan pembangunan tidak putus2 dirancang di bumi bertuah ini sehingga dikenal sebagai di antara sebuah negara yang cepat membangun. Namun dari arah yang berbeza, pihak penentang juga giat memperkukuh barisan apabila secara fizikal mendapat sokongan majoriti rakyat. Siri himpunan rakyat dapat dilihat apabila lautan manusia sanggup berkumpul dan meyuarakan pendapat untuk berubah. Manifesto dan perancangan baru dinbentang dan diedar, bagi menjamin kemenangan memihak kepada mereka. Walaupun begitu, kalah menang hanya akan ditentukan melalui kertas undi kelak. Ya benar, sebagai sebuah negara demokrasi maka wajiblah ada pembangkang dan proses PRU.

Bilakah akan lahirnya sebuah sistem politik yang suci di Malaysia ini? Benarlah orang2 berkata bahawa politik itu kotor, jika ia sememangnya tidak boleh dibersihkan kenapa tidak kita menyucikannya? Pihak yang kalah harus menerima kekalahan tanpa ada perasaan dendam atau penyebaran fitnah untuk merampas kuasa, kecuali proses PRU yang terbukti tidak dijalankan dengan adil. Tidak perlulah bagi kita yang kalah untuk menjanjikan kehancuran kepada negara… kenapa kita perlu menakut-nakutkn rakyat dengan kejadian darurat dan pergolakan kaum bakal berlaku jika mereka salah membuat pilihan; adakah kita yang menentukan semua itu berlaku? Allah maha berkuasa, Dialah yang maha menentukan. Pihak yang menang pula haruslah bersyukur dan tidak terlalu berbangga dengan mandat yang diperolehi. Sebaliknya menerima mandat itu dengan perasaan rendah diri dan bersikap amanah. 

Terkadang melihat kerenah ahli2 politik ingin juga tersenyum sendiri. Saban hari kita melihat pertikaman lidah berlaku diantara mereka sama ada di media cetak mahupun elektronik, ataupun di dalam dewan2 perbincangan, tetapi dilihat juga mereka bersenda gurau bercakap2 sambil terrsenyum pula. Hasil dari itu rakyatlah yang keliru dan menjadi mangsa keadaan. Adakah wajar itu semua berlaku apabila rakyat menjadi bingung dengan situasi semasa? Ya Allah jauhilah kami dari siksaanMu yang sangat pedih lagi dasyat… Segala yang benar dan baik dari ALLAH dan yang tidak baik itu dari kekurangan saya. Saya memohon maaf jika menyakiti mana2 pihak, saya tidak berniat menyakiti dan menyebelahi mana2 pihak. Wallahua’alam. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s