Jalan2 lagi – Bandung, Indonesia #Hari 3

Salam alaik lagi sekali untuk pembaca sekalian, ini dibawakan kisah kami untuk hari ke-3 atau sehari terakhir kami di Bandung. Hari ini kami tidak lagi dibantu oleh pemandu untuk ke mana2, kami bergerak sendiri dengan independennya. Keluar dari hotel sudah tengahari, jam 10.30 pagi waktu Indonesia, singgah di Gerai 80, betul2 di hadapan hotel kami. Seorang sahabat saya teringin benar merasa Indomee Goreng disitu katanya, warung yang kelihatan diurus dua orang remaja lewat setahun dua usia kami. Masakannya biasa2 saja, tapi harganya memang murah, hanya Rp18,500 untuk kami bertiga. Selesai santap, kami bergerak ke pusat bandar Bandung, mulanya ingin menempah teksi Blue Bird (Toyota Vios) namun bila difikirkan balik elok juga kami mencuba perkhidmatan Ankutan Kota (Angkot). Angkot hanya mengenakan caj Rp2,500 atau sekitar 90sen sahaja seorang. Cuma perlu bersesak2 dengan warga tempatan, tapi bagi saya itulah adat berkunjung ke rumah orang. Nasib kami baik, seorang kakak (warga tempatan) agak ramah dan sudi membantu kami menunjukkan jalan dan bercerita kepada kami keadaan di bandung.

Seorang dari kami mengajak sekali lagi ke Pasar Baru, apakan daya sudah ada yang memesan dibelikan kain, tambahan pula kami ingin mencari buah tangan untuk kawan2 di Kuala Lumpur… maka pergilah kami kesana buat kali yang ke-3. Seronok juga berjalan sendiri, bebas bergerak ke arah mana pun… Selesai di Pasar Baru, kami bergerak pulang, sekali lagi menaiki angkot menuju kearah Jalan Dr Djunjunan kerana hotel kami terletak di sana, atau lebih spesifiknya di Jalan Babakan Jeruk I. Turun dari angkot, kami singgah di Pasteur Hyper Point, sebuah gedung membeli belah yang menempatkan Giant Hypermarket, bangga juga kami melihat logo Giant terpampang di dinding bangunan tersebut. Di seluruh Bandung atau mungkin juga seluruh Indonesia jalannya sangat sesak, macet kata orang Indo. Tapi sedikit lucu, kenderaan yang berderet2 disini mudah berhenti jika ditahan kerana ingin melintas… tahap kompromi mereka sangat tinggi. Banyak juga benda baru yang kami abadikan di lensa kami, antaranya ialah Mesin ATM sebuah bank yang dibina persis sebuah premis drive thru, beca dengan tema tentera selengkapnya, dan beberapa kain rentang dengan ejaan yang mencuit hati kami.  Pulang di hotel sudah hampir petang, sempat juga membeli Bakso dari seorang penjaja sebelum pulang berehat dan bersiap sedia untuk berkemas2.

Waktu Isyak di Bandung agak awal, belum pun pukul 8.00 malam sudah kedengaran azan. Selesai menunaikan solat, kami keluar lagi untuk makan malam. Mulanya ingin makan di hotel namun bila dilihat harga agak mahal dan ditambah dengan servis caj 11% menjadikan harga nasi goreng seafood + minuman = Rp 42,180 seorang. Kami buat keputusan mencari makanan di luar saja, ternyata berjaya kami bejimat dengan hanya 13,000 sahaja. Selesai makan kami berjalan ke Bandung Trade Center (BTC), Fashion Mall. Malam di Bandung agak cepat berakhir, gedung2 semua ditutup sekitar jam 9.30 malam. Restoran / cafe / warung juga tiada yang beroperasi sehingga larut malam, ingat boleh jadi tempat lepak. Kami balik ke hotel sahaja, bersiap sedia untuk berkemas kerana flight kami balik ke KL berangkat jam 8.30 pagi besok.

 

Seawal jam 5.00 pagi lagi kami sudah bersiap2 untuk ke Bandara Hussein Sastranegara, risau kalau kami ketinggalan lagi. Teksi datang menjemput kami di hotel tepat jam 6.00 pagi, suasana pagi di Bandung sangat bagus apabila ramai warganya bagun awal dan memulakan aktiviti dengan bersenam, berjoging dan berbasikal beramai2 di tepi2 jalan raya, dan ada juga yang membersih laman rumah. Boleh dipuji sikap mereka… Tiba di l/terbang, kami beratur menunggu giliran (ramai juga orang Malaysia rupa2nya yang bersama2 nak balik ke KL). Di sini kami bertemu dengan kakak2 dari Terengganu, mereka ramah sekali dan banyak cerita yang dikongsi. Kami tiba di LCCT dua jam kemuadian, jam 11.30 waktu Malaysia… terus makan tengahari bersama kakak2 tadi…. Puas, suka dan penat > ekspresi yang dapat diluahkan bila sampai di rumah. Selamat berpergian ke Indonesia. Sekian, wallahua’lam.

One thought on “Jalan2 lagi – Bandung, Indonesia #Hari 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s