Jalan2 lagi – Bandung, Indonesia #Hari 2

Salam alaik kembali, sambung lagi cerita perjalanan kami ke bumi Bandung. Hari ke-2 kami dipenuhi lagi dengan aktiviti membeli belah. Oleh kerana hari ini hari Jumaat, kami mulakan aktiviti bershopping selepas waktu solat Jumaat sahaja, paginya kami ke bank, untuk menambah bekalan dana kami… heheheh🙂 Syukur di sini ada CIMB & Maybank, tapi malang sekali kad CIMB & Maybank kami perlu diaktifkan di Malaysia terlebih dahulu sebelum berangkat ke luar negara. Nasib baiklah kad BIMB saya ada logo VISA, boleh juga keluarkan wang melalui bank tempatan (Bank Mandiri). Sejurus itu kami bergerak ke daerah selatan Bandung, ke arah Masjid Raya Bandung dan Terminal Bas Leuwipanjang kerana melayan keinginan seorang sahabat yang ingin pulang ke daerah Sukabumi. Selesai di situ kami terus ke Warung Nasi Ampera, yang menyediakan sari makanan Sunda. Di sini kami bertemu pemiliknya yang pandai bertutur di dalam Bahasa Malaysia, kerana beliau adalah graduan ID dari Limkokwing University, Cyberjaya.

Seterusnya kami tidak melengahkan masa, terus bergerak sekali lagi ke Pasar Baru kerana masih belum puas membeli belah di sana. Tepat jam 5.00 petang waktu Indonesia, kami keluar dari Pasar Baru menuju ke Jalan Riau, sepanjang jalan ini dipenuhi dengan beraneka gedung menarik sepert Heritage, STAMP, The Summit, Mr Bean dan sebagainya. Sebelum ke sana kami singgah menunaikan solat jamak ta’khir Zuhur dan Asar di Masjid Agung Al-Ukhuwwah. Masjid ini tampak sederhana tetapi sangat indah dengan garapan hiasan sederhana yang mempesona, di sini saya bangga dengan seni arkitek Indonesia yang unik dan tersendiri. Di Jalan Riau, banyak juga pilihan barangan murah yang boleh dibeli untuk dijadikan cenderahati. Langsungnya kami singgah makan di Restoran Ayam Penyet RIA, makanan di sini relatif murah apabila hidangan untuk empat orang hanya sekitar Rp 100,000 sahaja walaupun suasana restoran kelihatan sedikit mewah. Jus buah juga sangat eksklusif apabila rasa buahnya seratus peratus, harganya hanya Rp 15,000. Sebelum balik kami singgah dulu di sebuah gedung buku yang bernama Togamas Bandung – Supratman Bandung, letaknya di sekitar bandar Bandung juga. Kedainya luas, banyak pilihan, dan penuh dengan koleksi buku yang menarik lagi murah. Susunan buku2nya kemas dan tersendiri. Walaupun bahasa buku tersebut menggunakan Bahasa Indonesia, sesetngah perkataannya berbunyi sedikit asing dan lucu, saya senang kerana dapat membelinya dari tempat kelahirannya sendiri. Apa yang menariknya ialah setiap buku yang dibeli diberi diskaun 25% walaupun harga sebenar sudah murah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Setelah menjelaskan bayaran, petugas kaunter menajukan soalan yang agak pelik, “Mau dibungkus ya kak? gratis…”, saya langsung mengiyakan… rupa2nya bungkus itu bermaksud balut, bagus sekali servis yang disediakan langsung membalut buku yang dibeli. heheheh tergelak pulak rasanya🙂

Itu sahajalah untuk hari ke-2, sememangnya biasa-biasa saja. Hari ketiga pula di post yang seterusnya. Tq.

One thought on “Jalan2 lagi – Bandung, Indonesia #Hari 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s