Apa yang dikejarkan?

Basmallah, memulakan bicara. Hari ini tergerak hati ini untuk menulis mengenai sikap pemandu kita hari ini. Setiap masa ingin cepat dan segera, sehingga tidak menghiraukan orang lain yang turut sama menggunakan jalan raya. Jika sesama kereta atau lori, tidak mengapa… ini turut melibatkan penunggang motosikal, basikal dan juga pejalan kaki. Sesetengah pemandu kereta dan lori yang ada kini dilihat terlalu mementingkan diri, asalkan mereka sampai ke destinasi mereka dengan pantas dan cepat, orang lain dihadapan senang-senang dipotong inikan pula orang dibelakang. Cara memotong sesebuah kenderaan juga dapat dilihat akan kekurang ajarannya, sungguh tidak beradab.

Aplikasikanlah budaya “Budi Bahasa Budaya Kita” dan sikap bertimbang rasa pada setiap amalan kita seharian, bukan sahaja percakapan tetapi juga perbuatan. Sudah banyak kedengaran cerita yang digembar-gemburkan disana-sini tentang sikap pemandu Malaysia yang sangat teruk. Saya pernah membaca serba sedikit di laman blog dan web negara jiran, mereka juga tidak menafikan perkara itu sambil berkongsi pengalaman mereka semasa memandu di jalan raya Malaysia. Ada yang mengatakan bahawa samseng jalan raya ini adalah orang Melayu dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. Namun bagi saya semua bangsa di Malaysia sekarang menunjukkan sikap yang sama. Sudah beberapa kali saya menghadapi sendiri pengalaman pahit di  jalan raya, sama ada semasa memandu kereta mahupun menunggang motosikal. 

Bersyukurlah wahai umat Nabi Muhammad yang hidup di Negara Malaysia, janganlah terlalu terkejar-kejar sehingga mengancam nyawa. Jika tidak kisah dengan keselamatn sendiri, fikirlah akan keselamatan orang lain. Ingat orang tersayang yang menunggu di rumah, tidak terfikirkah yang kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara saban hari adalah berpunca dari kesilapan dan kelekaan kita sendiri. Ayoh kita berubah menjadi seorang yang bertanggungjawab di jalan raya, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s