Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Allahuakbar, Allah Maha Besar! Bersyukur kami hamba-hambaMu di atas segala rahmat, nikmat dan redhaMu buat kami di sekelian alam. Berkait isu yang ingin diperkatakan hari ini iaitu Fenomena Ustaz Azhar Idrus sememangnya tidak disangkal lagi. Setiap lapisan masyarakat mengenali Ustaz Azhar bermula dari kanak-kanak sehingga ke golongan dewasa, semuanya menyukai gelagat lucu Ustaz dalam menjawab setiap soalan yang diajukan kepada beliau. Sesiapa yang tahu internet pasti akan tahu akan isi dan ungkapan Ustaz Azhar yang pekat loghat Terengganu itu. Ini kerana, bahan-bahan rakaman berupa video beliau banyak sekali diupload di laman sosial Facebook dan Youtube dan sangat senang diakses oleh pengguna. Fenomena ini sememangnya memberi impak atau gelombang positif kepada masyarakat kita terutamanya generasi muda. Apa tidaknya apabila ramai dikalangan anak muda yang mengikuti jelajah Ustaz Azhar yang kini tidak hanya memberi ceramah di Terengganu atau Kelantan sahaja malah ke KL, Selangor dan beberapa negeri lain. Tidak dinafikan apabila ada ahli keluarga saya sendiri yang begitu gemar dengan Ustaz Azhar dan ada juga yang sentiasa ada di lokasi ceramah. Anak muda kita yang dulu dilihat tiada aktiviti dan suka berpeleseran, kini sudah beransur berubah.

Ini kerana cara yang dibawa oleh Ustaz, santai dan bersahaja. Bahasa yang digunakan adalah bahasa biasa dan sangat mudah difahami oleh generasi muda. Cara ini secara langsung menarik minat belia untuk terus mendengar jawapan-jawapan Ustaz. Soalan yang berkait kemusykilan agama daripada penonton juga tidak ditapis, semuanya dijawab dengan penuh hemah oleh Ustaz walaupun soalan itu kedengan sedikit pelik dan merapu. Jelajah Ustaz Azhar Idrus yang terbaru ialah semalam >29 Jan 2012 (serentak dengan siaran langsung AJL di Bukit Jalil). Ceramah Ustaz diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Sedikit kecewa kerana tidak dapat megikuti sesi beliau walaupun saya merancang untuk berbuat demikian. Insyaallah di lain masa, Allah mengizinkan. Apa yang diharapkan, Ustaz dapat memberikan input terbaik buat garapan minda dan hati generasi kita dan seterusnya menjadi Hamba Allah yang Soleh Solehah semuanya, InsyaAllah. Wallahua’lam, amin: maaf jika ada tersilap kata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s