Kelantan vs. Lion XII

Thank you so much to Astro Arena, kerana mengadakan siaran tertunda untuk perlawanan permulaan Liga Super 2012 antara Pasukan Kelantan dan Pasukan Lion XII. Penonton sangat teruja menantikan perlawanan tersebut yang menemukan Kelantan dengan ahli baru Liga Super dari Seberang Tambak, Singapura. Perasaan bercampur baur sama ada Kelantan akan menang atau tewas…

Image

Muhammad Ghaddar, selepas menjaringkan gol

Bermain di tempat lawan sememangnya agak mencabar, tambahan pula padang tiruan yang dimiliki oleh Stadium Jalan Besar adalah perkara yang kurang biasa bagi kita di Malaysia. Nasib baiklah, pasukan Kelantan dapat membiasakan diri dan terus bertahan dengan corak permainan yang pantas sehingga ke akhir perlawanan. Hasil daripada itu, kelantan berjaya menjaringkan 2 gol sumbangan Mat Yo dan Muhammad Ghaddar, pemain import dari Timur Tengah. Sepakan penalti daripada Muhammad Ghaddar benar-benar mengejutkan penonton kerana ia menandakan kemenangan Kelantan ke atas Singapura (Lion XII), 2 berbalas 1. Walaupun skuad singa bermain garang di permulaan, namun mereka tidak dapat menahan asakan Kelantan di separuh masa kedua. Kemenangan Kelantan semalam sememangnya sebagai pengubat duka penyokong mereka setelah tewas di tangan skuad N9 tempoh hari (sini), dan ada juga yang mengatakan kemenangan itu sebagai hadiah kepada YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan sempena hari lahir beliau pada 10 Januari. Apa jua kesimpulan yang dibuat, sama-samalah kita bersyukur dan mengucap Alhamdulillah, kemenangan itu sudah memberi 3 mata pendahuluan kepada Kelantan.  Selamat maju jaya QLATE!

Image

Stadium Jalan Besar, Singapura; yang mampu memuatkan +- 8000 0rang penonton.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s