Kelantan tewas lagi…

Salam kepada semua pembaca, isu hari ni ialah mengenai pasukan Kelantan yang tewas sekali lagi. Semalam saya berkesempatan ke Stadium Nasional untuk menonton perlawanan merebut piala Sultan Haji Ahmad Shah atau perlawanan Sumbangsih di antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Sokongan padu hanya untuk pasukan tanah kelahiran, Kelantan… tapi apa kan daya, mereka tewas dek kerana kekuatan serangan pasukan lawan terutamanya pemain import N9 yang berjersi nombor 10, Effa kot namanya. Adoi apalah naseb, datang dengan penuh harapan tapi pulang membawa kekecewaan. Harap redha lah kepada Allah, kalah dan menang sudah menjadi adat di dalam setiap pertandingan mahupun perlawanan. Walaupun Kelantan membuktikan kekuatan mendahului dengan membuka jaringan di saat-saat awal permainan, mereka tidak mampu mempertahankannya sehingga N9 menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat. Penyokong Kelantan yang menjadi majoriti di dalam stadium ketika itu jelas kelihatan dengan warna merah dan putih di sebahagian stadium. Di separuh masa ke-2, penyokong menaruh harapan setinggi gunung kepada pasukan kesayangan mereka untuk menambah jaringan dan bertahan sehingga perlawanan tamat. Apa yang diharapkan tidak menjadi apabila di separuh masa kedua, Kelantan gagal menjaringkan gol dek kerana pertahanan N9 yang agak kukuh dan pantas, cuma jaringan outside sahaja dapat memanaskan keadaan. N9 ketika itu tidak melepaskan peluang menjaringkan satu lagi gol disaat kecelaruan pasukan lawan dan seterusnya membuktikan kemenagan mereka.

Sepuluh minit sebelum perlawanan tamat, segelintir penyokong Kelantan sudah beransur meninggalkan tempat duduk mereka. Ada yang tidak berpuas hati dengan mutu permainan dan ada yang sengaja pulang awal untuk mengelak kesesakan. Tapi apa yang dapat diperhatikan, mutu permainan pasukan Kelantan sejak akhir-akhir ini agak mengecewakan apabila tewas berturut-turut dalam beberapa perlawanan. Bermula dari perlawanan menentang Terengganu tahun lalu, tewas lagi menentang Surabaya dan beberapa perlawanan kecil yang tidak terlalu menyerlah. Pemain import dilihat tidak memberi impak yang maksimum kepada pasukan, selain strategi yang kurang kukuh. Jika difikirkan, sememngnya benar pepatah berkata “Hidup ini ibarat roda, Kita tidak akan selalu berada diatas”, mungkin buat masa ini Kelantan berada dibawah, harap segera beputar ke atas semula, insyaAllah. Saya menulis di sini hanya sekadar mengumpul komen-komen dari sahabat seusai perlawanan tamat, dan tidak berniat menjatuhkan mana-mana pihak. Diharap pasukan Kelantan dapat mengubah keadaan dan menjadi lebih maju di masa akan datang dalam menndapatkan piala Liga Super dan Piala Malaysia. GOMO KELATE GOMO! 

One thought on “Kelantan tewas lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s