Bila semua mau jadi bisnesman…

Hai semua, sekadar sharing the thinking, isu hari ni ialah “bila semua mau jadi bisnesman”. Akhir-akhir ni kita dpt rasakan semacam ada satu aura di mana kebanyakan golongan muda, rakan sebaya dengan kita yang cenderung untuk berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Macam-macam produk diniagakan, dari sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda ditawarkan kepada pelanggan. Semestinya ini adalah kebangkitan yang baik dan sangat membantu negara dalam merancakkan ekonomi. Perniagaan yang sangat digemari golongan muda masa kini ialah meniaga secara atas talian atau online sama ada menerusi blog-blog yang boleh didaftarkan secara percuma ataupun melalui laman-laman sosial yang jelas menjadi tumpuan masyarakat yang akan menjadi pelanggan seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Tiada manusia yang tidak mengenali facebook, hampir semua orang tahu pasal fb walaupun dia tidak mendaftarkan dirinya sebagai pelanggan fb. FB yang dulunya diperkenalkan oleh seorang remaja USA sebagai alat berinteraksi dan bersosial dengan kawan-kawan kini menjadi lebih daripada itu. Ia berguna apabila pengguna hanya perlu menaip kata kunci yang dikehendaki di ruang carian fb, mereka akan menemui bukan hanya kawan-kawan di fb tetapi juga virtual shop yang bersedia menjual barangan yang diidamkan. Apa yang pastinya virtual shop ini sama sahaja dengan kedai biasa (coventional shop), mereka akan mempamerkan keseluruhan produk yang ditawarkan di dalam photo album mereka dan pelanggan hanya perlu memilih sahaja dan membuat pre-order segera sebelum kehabisan stok. Cuma perbezaannya ialah pelnggan x boleh menlihat secara real barang yang hendak dibeli, perniagaan ini memerlukan keupayaan berimaginasi yang tinggi. Seperkara lagi ialah pelanggan terpaksa menunggu sehingga seminggu ke 2 minggu sebelum mendapat barang jika barang dihantar melalui pos, jika direct delivery ia mungkin hanya 2 atau 3 hari sahaja. Canggih sungguh teknologi masa kini.

Tidak dinafikan, aku pun pernah beberapa kali membeli melalui online sama ada buku, t-shirt, jaket ataupun pant. Apa yang dibeli agak mustahil untuk ditukar, jika anda tersilap order biasanya saiz, anda tidak boleh tukar dan terpaksa meredhai segalanya. hehehe, naseb la kan. Mmmm, apa-apalah kan… asalkan semua happy dan ia memberi kemudahan kepada semua. Tapi dalam membincangkan isu ini aku teringat sesuatu yang aku pernah dengar suatu ketika dahulu berkaitan petanda-petanda kecil kedatangan hari kiamat yang berbunyi ‘Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)’, mohon diperbetul jika tersilap. Wallahua’lam, semuanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita sebagai hamba Nya mesti berserah kepada Nya dalam segala hal, ingat… setiap perbuatan kita di muka bumi ini pasti dihitung, fikir-fikirka dan selamat beramal… heeeee🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s