Kejadian di dalam KTM Komuter > 02012012

Assalamualaikum, hari ni tergerak hati aku nak share sedikit pasal kejadian yang aku hadapi tempoh hari di dalam KTM Komuter dari Stesen Midvalley ke KL Sentral. Jarak dia dekat je tapi satu kejadian yang biasa berlaku tapi sesiapa pun xnak benda ni berlaku kepada dia, it is KECURIAN. Aku sendiri pun cukup-cukup benci dengan kecurian, tak boleh ke kita hidup dengan aman… masing2 tahu hak sendiri dan tahu hormat orang lain sesama manusia walau berbeza warna kulit.

Kejadian bermula bila penumpang bersesak2 masuk ke komuter di stesen MidValley pada hari cuti umum tahun baru 2012, mase tu aku adalah salah seorang dari mereka. Aku pun tak tahu kenapa Allah gereakkan hati aku untuk naik public transport on that day, biasenye aku suka gerak ngan kenderaan sndiri even jem, ujan or panas… Dalam tren mase tu memang pack gile, yg x tahan ramai sngat orang asing, pada masa yang sama ada juga rakyat 1Malaysia (Melayu, Cina n India) rata-rata berdiri. Belum pun pintu ditutup, seorang aunt cina linkungan pertengahan 50-an yang ada di belakang aku memekik memberitahu yang purse miliknya telah dicuri. Aku ingat lagi ayat dia “Ada orang curi purse”, dia sebut berulang ulang kali dengan kuat. Suasana jadi lengang seketika, seorang India di depan aku menyorok kata-kata beliau kepada aku, dia berkata “Kenapa you tak simpan betul-betul” dengan nada sinis dan sedikit senyum. Sementara seorang tu uncle cina lingkungan 60-an, maybe suami aunt tu meraba-raba seorang pekerja asing didepannya tetapi ditepis dan dimarahi pekerja tersebut. Kejadian itu berlalu begitu sahaja, pencuri bebas dan aunti cina itu kerugian… tiada siapa yang tampil membantu di dalam keadaan sesak padat itu.

Di saat sampai di KL Sentral, semua penumpang turun dan keadaan menjadi lengang, aku masih lagi di situ untuk meneruskan perjalanan ke Stesen Putra. Sejurus sebelum keluar, aunt tersebut sempat menelefon anaknya yang dipanggil “aboy”, menggunakan dialek kantonis… aku dapat faham yang dia mengarahkan anaknya menyekat semua kad & akaun miliknya. Walaupun teknologi dapat menyekat semua transaksi, aku tetap merasa belas kepadanya dan sedikit menyesal kerana hanya dapat melihat tanpa berbuat apa2. Kawan aku ketawa dengan kejadian itu, tapi bagi aku itu adalah kejadian yang jelas menunjukkan kelemahan aku sebagai seseorang di dalam masyarakat, sepatutnya aku tahu apa yang patut aku buat. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini, tunjukkanlah aku jalan bagaimana untuk menjadi hamba yang lebih baik disisiMu. Amin.

Aku ada 3 benda sebgai kesimpulan, aku rasakan Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat even kepada rakyatnya sendiri. Pendatang asing jelas semakin ramai dan mengganggu ketenteraman rakyat apabila mereka seolah-olah mengaggap tinggal di negara sendiri (aku kurang jelas dengan dasar kerajaan yang membawa sebegitu ramai orang asing sebagai pekerja ke Malaysia yang akhirnya menyusahkan diri sendiri). perkhidmatan Komuter hari demi hari walau ditambah baik tetap kurang meyakinkan… Harap dapat difikir2kan sebagai renungan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s