Bila Pilihanraya Umum akan diadakan ??? ~PRU Ke-13

Tidak dinafikan, apabila saat ini semua jiwa yang bergelar rakyat Malaysia sedang gusar menunggu dan tertanya-tanya bilakah akan diadakan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13)? Hari demi hari berlalu, tapi keputusan YAB PM kita mengenai PRU 13 tidak juga kunjung tiba, selain dari beberapa klu yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerunsingan rakyat. Apa-apapun diharap YAB PM dapat membuat keputusan terbaik untuk semua rakyat dan menjamin kesejahteraan negara akan terus kekal.

Apa yang dirunsingkan sekarang, semakin banyak demonstrasi dijalanan berlaku, yang menyedihkan apabila melibatkan mahasiswa IPT yang menyeru kebebasan golongan akademik. Sebagai salah seorang ahli akademik walau di IPTS, aku merasakan tidak wajar untuk mereka berbuat demikian sehingga mencederakan diri sendiri dan merosakkan harta benda awam seperti yang berlaku di Tanjung Malim tempoh hari… Mereka sepatutnya menunjukkan sikap terpelajar mereka kepada umum untuk dijadikan ikutan, aku tidak mengatakan perjuangan mereka salah atau betul tetapi kaedah yang digunakan kurang sesuai. Ada juga beberapa komen mahasiswa yang aku baca dari beberapa blog bahawa mereka dipaksa dan ditpu untuk dibawa ke Putrajaya dan diarah berdemo di depan kementerian Pengajian Tinggi. Tidak guna mengulas lanjut, aku sebagai orang luar yang berkecuali tidak mahu ikut campur, kepada mana-mana pihak yang mempergunakan mahasiwa IPTA/S untuk kepentingan sendiri diharap tidak mengulanginya lagi. Biarlah mahasiswa2 ini belajar dengan tenang, dan jika ada yang kurang betul sila lah di bawa ke meja rundingan dan gunalah kaedah diplomatik yang betul.

Bukan sahaja pelajar yang dibuat begitu, kita sebagai rakyat biasa juga terasa akan gelojak politik negara yang semakin hari semakin bergelombang. Yang kalah menghentam yang menang dan yang menang pula menghentam yang kalah. Satu soalan saya, adakah suatu keadaan di mana pihak yang kalah menerima kekalahan dan pihak yang menang bersyukur dengan mandat yang diberi dan tiada lagi hentam menhentam atau sememangnya tiada? Media tempatan sama ada elektronik atau bercetak tidak henti-henti menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan parti-parti yang akan bertanding. Rakyat seolah tidak tahu yang mana benar dan yang mana salah apabila, di sini cakap di sana salah, dan di sana cakap di sini salah… sampai bila harus berakhir? Saya tidak berhak menentukan apa yang terbaik di dalam kalian, tetapi semua rakyat bisa menetukan siapa yang akan menang. harapan aku ialah sebuah politik yang ikhlas dan jujur dan seterusnya membawa kepada sebuah keputusan PRU yang adil dan suci. InsyaAllah, Misi Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju akan bisa tercapai. ~:)~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s